Seni & Sukan 21 Feb, 2022

Keluarga Malaysia: Rumah kebajikan tak dilupakan! 80 penghuni terima kit kendiri Covid-19 MKHCare!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this



TIGA rumah kebajikan sekitar Cheras, Semenyih dan Kajang di Selangor menerima sumbangan set penjagaan diri (kit kendiri Covid-19) daripada MKH Berhad menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘MKHCare’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini. 

Bertepatan dengan aspirasi konsep Keluarga Malaysia, seramai 80 penghuni dari Pusat Jagaan En Yuan, Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Rahmat, dan Pusat Jagaan Rumah Love & Care Kajang masing-masing menerima kit kendiri Covid-19 yang antaranya termasuk pelitup muka, cecair dan tisu pembasmi kuman, kit ujian kendiri, dan Vitamin C

MKH dalam satu kenyataan media pada 17 Februari 2022 lalu berkata, memandangkan kes penularan Covid-19 semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, sumbangan penjagaan diri ini sedikit sebanyak dapat membantu penghuni di rumah-rumah kebajikan ini menjaga kebersihan diri dan kesihatan masing-masing. 


Lagi ceria-cerita menarik berkaitan program CSR


“Tambahan pula, penghuni rumah kebajikan ini merupakan warga tua yang merupakan golongan risiko paling tinggi wabak Covid-19 ini,

“Dalam pada itu, MKH turut menyumbang wang tunai RM1,000 bagi setiap rumah kebajikan ini bagi menampung kos pengurusan di samping meringankan beban mereka yang menyambut Tahun Baharu Cina sambil menempuh cabaran pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan tersebut.  

Bagi pihak Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Rahmat, agihan keperluan penjagaan diri dan sumbangan wang tunai daripada syarikat korporat seperti MKH ini amat bermakna dan pihaknya sentiasa mengalu-alukan usaha murni seperti ini terutama dalam mendekati golongan yang memerlukan. 



MKH Berhad (dahulunya dikenali sebagai Metro Kajang Holdings Bhd), adalah pemaju hartanah mapan di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan lebih 40 tahun lalu pada tahun 1979,

Berjaya disenaraikan di dalam Bursa Malaysia pada Oktober 1995, MKH telah memperolehi reputasi dalam meningkatkan kualiti hidup dengan membina kediaman yang berkualiti dan bandar-bandar yang bersepadu, dan telah menyelesaikan lebih dari 40 pembangunan hartanah di seluruh Lembah Klang dengan nilai penjualan lebih dari RM6.0 bilion.

Sejak tahun 1996, MKH telah membantu lebih daripada 5,000 pelajar yang memerlukan di daerah Hulu Langat, Selangor dalam usaha mereka untuk mencapai kecemerlangan akademik. 

MKH CARE adalah program komuniti yang dilancarkan pada tahun 2016 yang bertindak sebagai platform untuk MKH memberikan kembali kepada masyarakat menerusi penglibatan program dengan badan amal tempatan. - KitaReporters


13
10
0
16
0
You will be interested