SEJAK akhir-akhir walaupun Syamel nampak ‘Lebih Sempurna’ di mata kasar namun kehidupan beliau seolah-olah ‘Hidup Dalam Mati’, seperti mana judul kedua-dua lagunya itu. : KitaReporters
Selepas setahun tiada lagu baharu solo, kini Syamel tampil dengan Halusinasi.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Syamel:
https://kitareporters.com/search?search=syamel
Demi ‘Aku Cinta’ kepada Ernie Zakri, nama Syamel sebagai penyanyi solo terhebat sebelum ini seakan menurun. Beliau lebih dikenali sebagai pasangan duet Ernie menerusi lagu Takkan Terlerai dan tunangan kepada penyanyi Gundah itu.
Tahun 2021 ini Syamel mahu kembali beraksi solo dan lagu pengenalan daripadanya adalah Halusinasi yang bakal menemui peminat mulai 8 malam pada Jumaat, 15 Januari 2021.
Jangan keliru ya, Faizal Tahir juga mempunyai lagu yang berjudul Halusinasi yang diterbitkan pada 2013.
Halusinasi merupakan lagu yang ditulis oleh Syamel dan turut mendapat sentuhan istimewa dari segi melodinya oleh komposer terkenal negara seperti Iqie Hugh dan Omar K, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.
Menurut Syamel, Halusinasi mengisahkan tentang sebuah hubungan sepasang kekasih yang telah hambar dan tiada persefahaman lagi.
Katanya lagi, bagi mencari jalan penyelesaian adalah meninggalkan kisah cinta yang telah terkubur itu, namun pasangannya seakan berhalusinasi untuk melepaskannya dan akhirnya, beliau terperangkap dalam situasi tersebut.
Halusinasi adalah karya Syamel bersama komposer Iqie Hugh dan Omar K.
“Genre yang saya bawakan kali ini agak berlainan kerana ia ada groove yang berbeza berbanding lagu-lagu balada yang biasa saya bawakan sebelum ini.
“Idea
Halusinasi datang apabila komposer Iqie menghantar demo melodinya dan saya
terus terpaku dan kami mengambil masa selama satu hari untuk melakukan proses
rakaman.
“Saya juga
akui bahawa proses rakaman tergendala seketika ketika Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan dan sejurus tamat tempoh tersebut,
kami meneruskan dengan kerja mixing dan penambahbaikan,” ceritanya tentang proses
pembikinan lagu tersebut.
Tambah Syamel, selain genre muzik berbeza, beliau turut menampilkan bakatnya sebagai penari untuk video muzik (MV) Halusinasi.
Untuk video muzik Halusinasi, Syamel akan tunjuk kebolehannya menari.
“Menariknya
tentang video muzik Halusinasi nanti, saya akan menari, dan jika penonton ingin
lebih tahu, nantikan pelancarannya tidak lama lagi.
“Setelah hampir satu tahun tanpa mengelurkan single terbaru, saya rasa kini merupakan masanya untuk saya kembali kerana sudah lama peminat saya tertunggu, saya juga harap semua pendengar akan terhibur dengan Halusinasi, dan teruskan menyokong kerjaya saya,” katanya yang merupakan pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32.
Halusinasi boleh didengari bermula 15 Januari 2021.
Menurut Syamel, sekarang ini selain menguruskan kerjaya seni, beliau juga giat mengusahakan perniagaan Se-Table Cafe di Platinum Walk, Setapak, bersama Ernie.
“Saya kini lebih banyak menghabiskan masa menguruskan perniagaan yang baru saya jalankan bersama Ernie.
“Namun begitu, itu tidak bermakna saya akan meninggalkan bidang nyanyian kerana itu merupakan minat saya yang pertama,” katanya jujur.
Sementara
itu, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment, Feros berharap, lagu
Halusinasi yang merupakan karya baharu itu dapat menambat hati ramai pendengar
di luar sana.
Lagu Halusinasi
boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering
menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui
penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox
dan Deezer.
Manakala
video muzik lagu Halusinasi ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran
YouTube Rocketfuel Entertainment. - KitaReporters