Seni & Sukan 28 Aug, 2020

Kenal pelakon cilik Macaulay Culkin! Ketahuilah anda dah tua

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

SIAPA yang pernah menonton dan masih ingat filem berjudul Home Alone 1 dan 2 pada era 90-an pasti kenal pelakon cilik dalam filem tersebut. Memegang watak utama sebagai Kevin McCallister, Macaulay Culkin yang ketika itu masih kanak-kanak mencuit hati orang ramai dengan kecomelan dan kepintarannya melawan dua orang pencuri yang menceroboh masuk ke rumah keluarganya. : KitaReporters


Kini, setelah 30 tahun filem komedi itu ditayangkan, pasti ramai yang tertanya-tanya berapakah umur Culkin kini?

Seakan-akan tahu ramai yang tertanya-tanya umurnya, Culkin menerusi laman Twitternya mendedahkan yang dia kini sudah berumur 40 tahun sempena ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 26 Ogos 2020 lalu.

“Hi kamu semua, ingin terasa tua? Saya kini berumur 40 tahun. Sama-sama," selorohnya.



Pendedahannya itu membuatkan segelintir netizen terkejut seakan-akan tidak percaya. Maklumlah, mereka masih terbayang-bayang wajah kanak-kanak comel dalam filem tersebut.


Menurut Culkin lagi, filem tersebut merupakan kelebihan yang ada padanya sehingga membuatkan orang lain terasa tua.

“Ia adalah kelebihan saya kepada dunia. Saya membuatkan orang berasa tua. Saya bukan lagi kanak-kanak. Itu adalah kerja saya,” katanya.


Selain itu, peminat-peminat dan teman artis turut mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. 

Wow!!! Tak sangka dia kini sudah berusia 40 tahun! sekejap sahaja masa berlalu, dan benarlah kata Culkin, dia membuatkan kita yang sezaman dengannya kelihatan tua. - KitaReporters

1
1
1
1
0
You will be interested