Seni & Sukan 26 Jul, 2020

Duit sendiri pun sengkek! Tapi Nabil tetap bantu kawan-kawan

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
APABILA sudah menjadi personaliti ramai beranggapan diri mereka sudah memiliki harta kekayaan yang banyak dan selesa. Justeru mereka menjadi tempat mengadu serta meminta bantuan kewangan oleh saudara-mara atau rakan kenalan.  Namun ramai tidak terlupa bahawa ramai golongan artis kini terkesan dengan kekalutan ekonomi kerana ‘hilang pekerjaan’ akibat penularan Covid-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac 2020 lalu. : KitaReporters 


Nabil bersama rakan artis, Zizan Razak dan Hazama. - Kredit foto: IG @ #Nabilahmad

Lagi cerita-cerita mengenai Nabil Ahmad:

https://kitareporters.com/search?search=nabil+ahmad 


Personaliti popular, Ahmad Nabil Ahmad, 36, adalah antara artis yang kurang bernasib baik. 

Dia sudah kehilangan ratusan ribu ringgit sejak Mac hingga Disember 2020 nanti apabila sejumlah kegiatannya sebagai pengacara majlis atau MC dibatal. Begitu juga dengan pelbagai kegiatan kesenian lain.

Nabil tetap berusa membantu rakan-rakan yang lebih teruk terjejas ekonominya.


Katanya, pendapatannya kini hanya diperoleh melalui bayaran sebagai hos program ‘MeleTop’ di Astro Ria

Ketika dirinya mengatur kedudukan ekonominya dan keluarga, dia juga dihujani panggilan telefon dan mesej  daripada rakan-rakannya di kampung di Mambau, Negeri Sembilan yang meminta bantuan dipinjamkan wang kerana mereka mengalami kesempitan hidup akibat PKP

Menurut Nabil sebanyak 70 hingga 80 peratus rakannya yang kehilangan pekerjaan sedangkan mereka sudah berkeluarga. 

Mereka seperti tidak tahu bahawa dirinya sendiri sama terkesan. 

Bagaimanapun setelah mengetahui mereka lebih terkesan, lalu Nabil tetap membantu semampu yang ada kepada rakan-rakan tertentu.

Nabil kini mempunyai syarikat penerbitan dan mengeluarkan pewangi.

Dalam pada itu, Nabil bersyukur apabila kerajaan membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau melaksanakan tempoh moratorium membuat dia tidak terlalu pening kepala untuk membayar pinjaman rumah, kereta serta syarikatnya. 

Filem pertama keluaran syarikatnya produksinya, KMN Production iaitu ‘Mat Bond Malaya’ yang sepatut ditayang Disember ini ditunda ke tahun 2021

Penundaan tayangan itu menjejas kedudukan kewangan syarikat sehingga menyebabkan dia dengan berat hati terpaksa memberhentikan dua pekeja. 

Kini dia menjalankan perniagaan produk pewangi jenama ‘Sugarbomb’ bersama Achey Bocey


Nabil adalah antara insan seni yang terus berusaha mengubah kehidupan untuk lebih baik dan selesa. 

Sebelum dikenali sebagai pelawak apabila menjuarai program Astro Warna, Raja Lawak musim kedua pada 2008, Nabil bekerja sebagai penghantar surat (dispatch) dengan Pos Malaysia cawangan Negeri Sembilan. 

Menjadi juara Raja lawak itu terus membuka ruang kepadanya menjadi seorang selebriti popular.  Dia terus berpeluang terlibat dalam bidang lakonan, nyanyian, pengacaraan dan kini pengarahan.

Nabil kini mempunyai keluarga bahagia. 

Perkahwinan Nabil dengan pramugari AirAsia, Nazirah Ayub pada 30 September 2011, dan pasangan tersebut mempunyai tiga cahaya mata perempuan yang berusia dari 8 tahun hingga ke setahun. - KitaReporters

Nabil bersama isteri Nazirah dan anak-anak

Nabil hanya mendapat bayaran mengacarakan program MeleTop di Astro Ria.

3
1
0
0
0
You will be interested