Seni & Sukan 13 Jul, 2020

Gangguan bekalan air 14-17 Julai! Sila buat persediaan awal!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
ORANG ramai perlu membuat persediaan awal menyimpan air secukupnya bagi menghadapi masalah gangguan bekalan air sama ada secara berjadual atau mendadak bagi mengelakkan masalah ketiadaan air untuk kegunaan harian keluarga. Langkah ini perlu sebagai usaha mengelakkan pelbagai masalah, sekali pun bantuan bekalan air melalui lori tangki ada dihantar ke kawasan kediaman penduduk terlibat. : KitaReporters


Gangguan bekalan air berjadual berlaku di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur selama empat hari mulai Selasa, 14 Julai 2020 kerana kerja-kerja penambahbaikkan oleh Air Selangor. - Kredit foto: Air Selangor.


Malahan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) juga dalam perkara ini turut memaklumkan lebih awal kepada orang ramai khususnya pengguna terlibat melalui siaran media termasuk penyiaran atau bercetak selain pelbagai aplikasi terkini merangkumi media sosial, WhatsApp, Twitter, emel, Telegram dan berbagai saluran mampu sampai kepada pengguna dengan pantas dan segera jika berlaku suatu gangguan bekalan air sama ada disebabkan kerja-kerja penambahbaikkan, penyelanggaraan mahupun insiden tidak diingini termasuk pencemaran bau serta rasa berpunca sikap tidak bertanggungjawab golongan tertentu.


Bermula pada Selasa 14 Julai 2020, gangguan bekalan air berjadual selama empat hari hingga 17 Julai 2020 berlaku di 290 kawasan melibatkan Daerah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Langat dan sebahagian tempat di Kuala Lumpur berikutan kerja-kerja penambahbaikkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor fasa 3 untuk menggantikan beberapa rangkaian injap utama dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem yang membolehkan LRA beroperasi dengan lebih baik dan lancar.


Berikutan gangguan berkenaan sejumlah 420,000 akaun pengguna di kawasan-kawasan tersebut terlibat.

Bagi tujuan ini, para pengguna dan orang ramai boleh melihat senarai lengkap kawasan terjejas dan waktu pemulihan bekalan air, lokasi pusat khidmat setempat (PKS), pili air awam dan stesen pengisian air setempat boleh dirujuk dalam laman sesawang Air Selangor atau aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun dari Google Play Stone dan Apple App Store.
Memetik laporan Bernama, Ketua Operasi Pengurusan Air Selangor, Abas Abdullah, pihaknya akan menggerakkan 91 buah lori tangki ke kawasan terjejas dengan mengutamakan premis yang kritikal termasuk hospital, pusat dialisis dan pelbagai lagi.

Selain itu, Air Selangor juga akan membuka lapan buah PKS dan menyediakan enam pili air awam pada 16 dan 17 Julai 2020 untuk membantu pelanggan terjejas berikutan gangguan bekalan air berjadual yang berlaku.

Dalam pada itu, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air berbeza mengikut kawasan, lokasi geografi dan ketinggian premis pelanggan.

Air Selangor menyediakan 91 lori tangki untuk pengagihan air bersih ke kawasan-kawasan terlibat.


Pemulihan bekalan air ke kawasan terlibat akan bermula pada 15 Julai 2020 jam 9.00 pagi dengan anggaran 48 peratus.  

Semua kawasan terjejas akan memperolehi bekalan air sebelum jam 9.00 pagi 16 Julai 2020.

Sejumlah 80 peratus kawasan terlibat gangguan bekalan air berjadual akan pulih jam 9.00 pagi 17 Julai 2020 dan pemulihan menyeluruh pada jam 5.00 petang hari yang sama.

Sementara itu, bagi pengguna komersial boleh membeli air di dua stesen pengisian air setempat dengan menggunakan lori masing-masing dan bayaran boleh dilakukan di semua kaunter khidmat pelanggan Air Selangor atau secara dalam talian.
Diharapkan gangguan bekalan air berjadual kali ini dapat diatur selia oleh pihak Air Selangor dengan lebih baik dan berkesan serta jangan ada agihan tidak seimbang mahupun sama rata seperti pernah terjadi sebelum ini.

Orang ramai perlu mengamalkan norma baharu dengan mematuhi SOP yang titetapkan semasa mengambil air daripada lori Air Selangor.

Selain itu, orang ramai perlu sama-sama bertanggungjawab dengan penuh displin dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sempena Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa mengambil air dari lori tangki yang dibekalkan ke kawasan-kawasan kediaman atau taman-taman perumahan.
Jika prinsip amalan baik, berdisplin dan mematuhi SOP terus diamalkan penduduk semasa mengambil air yang dihantar lori lori tangki Air Selangor sudah tentulah tidak akan berlaku masalah berebut-rebut, sikap mementingkan diri tanpa memberi ruang individu lain sama-sama memperolehi bekalan.
Bertepatan dengan tempoh PKPP yang masih berjalan adalah lebih baik dan penting semua orang amalkan norma baharu semasa mengambil bekalan air bersih oleh Air Selangor.

Sama-samalah kita praktikan sikap harmoni, bekerjasama dan toleransi semasa mengambil bantuan air dari Air Selangor.

Kerja-kerja penambahbaikkan menggantikan rangkaian injap utama bagi meningkatkan kecekapan sistem di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor fasa 3.

Malahan dalam menghadapi gangguan bekalan air berjadual seperti yang berlaku di beberapa kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan orang ramai boleh mempraktikkan beberapa tip difikirkan sesuai supaya bekalan air dirumah kita mencukupi bagi tempuh tertentu.
Antaranya sediakan tong besar yang boleh memuatkan air dengan kapasiti isiannya boleh mencecah puluhan atau ratusan liter, gunakan peralatan kosong yang ada dirumah termasuklah botol-botol besar, periuk, besen dan sebagainya, juga boleh gunakan plastik seperti plastik sampah penuhkan semuanya dengan air.
Jadikanlah masalah bekalan air khususnya air bersih dan terawat sebagai suatu aspek cabaran dan memberi ispirasi untuk semua orang berfikir bahawa air suatu khazanah sumber yang perlu dipelihara dengan baik dan  penggunaannya wajar terbatas mengikut kesesuaian dan bukan untuk pembaziran. - KitaReporters

Tangki-tangki septik turut disediakan bagi kemudahan pengguna dikawasan yang terjejas  akibat gangguan air berjadual yang dilakukan oleh Air Selangor.

0
0
0
0
0
You will be interested