Seni & Sukan 13 Aug, 2021

Teringin nak jadi penyanyi nasyid? Jom sertai sertai 'Zayan Nasyid Star'! Bermula 16 Ogos 2021!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


ANDA suka menyejukkan halwa telinga sambil berlapang dada dengan mendengar serta menghayati mesej yang disampaikan melalui lagu-lagu nasyid? Atau lebih daripada itu, and mempunysi bakat terpendam menyanyikan lagu-lagu berlandaskan ketuhanan itu?

Jika jawapannya ya barangkali dalam tempoh menghadapi pandemik wabak COVID-19 ini ada hikmah yang menanti segala dugaan yang dihadapi selama ini asalkan anda berani mencuba nasib dalam pertandingan “Zayan Nasyid Star’.

Sudah tentu ini adalah anjuran jenama radio Muslim kontemporari, Zayan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nasyid


Benar, Zayan mempelawa rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan ‘Zayan Nasyid Star’ bermula 16 Ogos 2021 ini menerusi laman rasmi Zayan dan dalam aplikasi Syok.

Kalau menang, nak tahu apa hadiahnya?

Pemenang ‘Zayan Nasyid Star’ berpeluang merakam lagu yang dipilih sebagai juara, di bawah label Rocketfuel dan dimainkan di udara melalui Zayan.

Tu dia hebat tak hebat, meminjam 'punch line' Mawi?



Jadi jika anda berminat, penyertaan Zayan Nasyid Star dibuka kepada semua termasuk penyanyi, komposer, penulis lirik dan pemuzik tempatan untuk merakam dan menghantar video nyanyian lagu nasyid baharu atau yang sudah tersedia ada. 

Pendek kata, jika anda bukan seorang penyanyi yang dah terkenal jika menang tentu lebih gah daripada penyanyi profesional dan popular yang sudah dikenali ramai sekarang ini kan?

Untuk rekod, pertandingan ini  dianjurkan sempena penerimaan penghargaan Zayan sebagai ‘Sahabat Nasyid Malaysia’ pada hujung tahun 2020, gelaran yang diberi dari pertubuhan bukan kerajaan Majlis Usahawan Nasyid (Munsyid) Malaysia di atas sokongan Zayan dalam mengembangkan industri nasyid tempatan melalui pelbagai pendekatan serta program-program ilmiah.



Antara program tersebut meliputi Zayan Nasyid Top 11; pilihan lagu nasyid berdasarkan undian peminat; His-Story Nasyid Malaysia', kisah perjalanan industri nasyid tempatan bersama penyanyi dan kumpulan nasyid terkenal seperti Yasin Sulaiman, Raihan, In Team, Hijjaz dan Mestica. 

Selain itu termasuk program Zayan Nasyid Review, perkongisan audio podcast bersama Munsyid Malaysia mengenai topik perbincangan alunan muzik nasyid.  


Wan Syahrul Amry (kiri) bersama pengacara popular Zayan, Mawi.

“Peranan Zayan merangkumi sebuah jenama radio yang mengetengahkan alunan muzik nasyid dan juga muzik berkonsep kerohanian. 

"Melalui ‘Zayan Nasyid Star’, Zayan berharap membangkitkan lagi industri muzik nasyid tempatan dan membuka peluang agar lebih banyak karya nasyid dapat diberi pengiktirafan,” ujar Pengurus Kandungan Zayan, Wan Syahrul Amry sambil berharap ramai dalam kalangan mereka yang berkebolehan dijemput berkongsi karya-karya mereka bersama Zayan.

Apa pun untuk informasi lanjut boleh mendapatkannya dengan melayari laman-laman sosial rasmi Zayan ya! - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested