Seni & Sukan 28 Oct, 2021

Shah Rukh minta kebenaran hantar makanan untuk Aryan! Tiada sambutan hari lahir atau Deepavali!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
/

SRK memang terlalu sayang anak sulungnya, Aryan. - Kredit foto: India Today


BINTANG Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) meminta kebenaran untuk menghantar makanan dari rumah untuk anaknya, Aryan Khan, 23, yang kini ditahan di Penjara Arthur Road, Mumbai

Ini kerana anak kesayangannya itu tidak menjamah makanan disedia oleh pihak penjara. Aryan juga masih tidak berselera dengan makanan di kantin yang boleh dibeli walaupun SRK sudah memberi wang makan.

Demi sayangkan anak, SRK meminta kebenaran pihak penjara untuk membawa makanan dari rumah. Bagaimanapun permintaan SRK masih tidak dilayan kerana ia perlu mendapat kebenaran mahkamah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dunia filem Bollywood

/

Situasi Aryan ketika ditahan pada 3 Oktober lalu. Kredit foto: Redlift.com

Kebiasaan permintaan seperti itu tidak dilayan oleh mahkamah kerana tidak mahu adanya amalan pilih kasih dalam penjara

Shah Rukh Khan buat pertama kali bertemu dengan Aryan Khan selama kira-kira 20 minit di penjara Arthur Road, pada pagi Khamis, 21 Oktober 2021 lalu.

Ketika melakukan kunjungan, SRK tidak diberi layanan istimewa dengan kad pengenalannya turut diperiksa.

Aryan, berada di penjara sejak 3 Oktober 2021 lalu ekoran kes dadah dan permintaan untuk ikat jamin sebanyak dua kali telah ditolak oleh mahkamah.

Sementara itu, SRK dan keluarganya tidak akan meraikan ulang tahunnya yang ke 56 pada 2 November dan sambutan hari Deepavali pada 4 November 2021 ini.

Dalam sambutan hari jadi SRK sebelum ini, ia selalunya disambut meriah dengan ribuan peminat akan membanjiri bahagian luar kediamannya dan SRK akan melambaikan tangan dari kediaman mewahnya, Mannat.

Menurut News18.com, bagi dua tarikh itu, Aryan akan tetap dipenjarakan kerana mahkamah tidak membenarkan ikat jamin. - KitaReporters


Kebiasaannya hari ulang tahun SRK disambut meriah dengan ribuan peminati hadir di luar kediaman mewahnya. - Kredit foto: Twitter IamSRK 

14
14
0
6
0
You will be interested