Seni & Sukan 10 Dec, 2020

Video| Masih mengancam! Nenek, 53, persis anak dara 19 tahun

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

SETIAP insan pasti akan melalui fasa kitaran hidup dari bayi hinggalah tua. Itulah yang dinamakan kehidupan. Tiada insan yang kekal muda selama-lamanya. Proses tersebut membuatkan kita dapat mengenali yang mana muda dan tua. Yang muda, sudah tentulah kulit dan wajahnya masih tegang. Manakala yang tua sudah tentulah kulit dan wajahnya berkedut. : KitaReporters 


Gaya hidup yang sihat membantu bukan sahaja dari segi kesihatan tetapi juga kecantikan. - Kredit foto: IG Puspa Dewi


Lagi kisah-kisah berkaitan nenek:

https://kitareporters.com/search?search=nenek


Namun, dalam era serba canggih ini, pelbagai kaedah rawatan kecantikan dilakukan untuk memastikan yang tua kelihatan muda seperti suntikan botox dan pembedahan plastik.

Tahukah anda, selain rawatan kecantikan, ada insan yang kekal awet muda walaupun usianya sudah memasuki separuh abad tanpa perlu menjalani rawatan tersebut. 

Mungkin satu dalam seribu kita dapat bertemu dengan insan seperti ini. Justeru, tidak hairanlah seorang wanita berumur 53 tahun dan berstatus nenek tular dalam media sosial gara-gara wajahnya yang awet muda.



Puspa Dewi bersama anak sulung dan cucu. - Kredit foto: IG Puspa Dewi


Lapor portal Tribunnews.com, nenek berasal dari Indonesia ini menjadi tumpuan setelah berkongsi gambar diri dan suaminya dalam Instagram. Lucunya, netizen menyangkakan lelaki itu bergambar bersama anak perempuannya padahal mereka adalah suami isteri.

Kisah nenek berasal dari Jakarta bernama Puspa Dewi ini akhirnya tular dalam media sosial kerana pada usianya sebegitu, dia kelihatan seperti anak dara berusia 19 tahun apatah lagi dia begitu menjaga penampilan.

Jangan terkejut, nenek ini mempunyai dua orang anak berusia 20-an dan seorang cucu


Meraikan hari jadi anak bongsu bersama suami dan anak sulung. - Kredit foto: IG Puspa Dewi


Dalam salah satu hantarannya, dia memuat naik dua keping gambar memperlihatkan transformasi yang dilaluinya. 

Salah satu gambar menunjukkan ketika dia dan suaminya tengah hangat bercinta dan satu lagi gambar terbaharu yang menunjukkan dia dan suami sudah bercucu.


Transformasi dari zaman bercinta hingga memiliki cucu. - Kredit foto: IG Puspa Dewi


Puspa Dewi kekal kelihatan muda kerana gaya hidupnya yang gemar bersenam, menjaga pemakanan dan kehidupan yang bahagia.

Setelah kisahnya tular, ramai yang ingin tahu rahsia dan mengikuti tip daripadanya. 

Justeru, menerusi pelbagai media sosial, Puspa Dewi yang tidak lokek berkongsi rahsia, mempamerkan gaya hidupnya di khalayak umum untuk dijadikan ikutan sementelah dia juga seorang Instafamous.


Nah, kita sebenarnya tidak perlu menghabiskan duit untuk rawatan kecantikan yang sudah tentu mahal sebaliknya hanya mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk kelihatan kekal muda! - KitaReporters

3
1
0
1
0
You will be interested