Seni & Sukan 29 Dec, 2020

Gotong royong! Persatuan bola sepak, pengadil di Masjid Bari

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

PERSATUAN Bolasepak Daerah Setiu (PBDS) bersama Persatuan Pengadil Daerah Setiu (PBDS) baru-baru ini melaksanakan program amal di Masjid Kampung Bari, Setiu, Terengganu apabila lebih 150 penduduk menyertai gotong royong membersih kawasan masjid itu. : KitaReporters


MARZUKI sulong (tengah) bersama sebahagian peserta yang menyertai gotong royong membersih kawasan Masjid Kampung Bari, Setiu, Terengganu pada 25 Disember 2020. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masjid:

https://kitareporters.com/search?search=masjid


Program yang diadakan pada Jumaat 25 Disember 2020 itu dibuat dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Bari dan mendapat sambutan meriah daripada golongan muda serta masyarakat setempat.

Ini adalah hasrat PBDS untuk mendekatkan golongan berkenaan terhadap aktiviti masjid setiap masa yang dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dapat dihayati mereka.


SEBAHAGIAN peserta mengaminkan doa sebelum menyertai gotong royong di Masjid Kampung Bari, Setiu.


Presiden PBDS, Marzuki Sulong berkata mengimarahkan masjid dan kebersihannya adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dan ia bukan tertumpu kepada tugasan ahli jawatankuasa masjid terbabit. 

Menurutnya, program yang dianjurkan itu dengan penyertaan golongan muda dan tua menjadikan ia secara tidak langsung dapat memartabatkan institusi masjid sepanjang masa.


MARZUKI Sulong (dua dari kiri) sedang memotong daun pokok bunga di Masjid Kampung Bari, Setiu, hari ini 25 Disember 2020.


``Kita melihat golongan muda daripada ahli persatuan ini berkerjasama dengan penduduk kampung bermuafakat membersih kawasan sekitar Masjid Kampung Bari ini. 

``Program ini menandakan kita tidak tertumpu terhadap kegiatan bola sepak sahaja sebaliknya pelbagai kegiatan kemasyarakatan serta kebajikan kita juga memberi perhatian,’’ katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Bari, Setiu pada Jumaat, 25 Disember 2020.



PENDUDUK kampung yang menyertai gotong royong membersih Masjid Kampung Bari, Setiu yang dianjurkan oleh PBDS dan PPDS dengan kerjasama masjid tersebut. 


Sempena dengan majlis tersebut, Marzuki yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyampaikan 25 jersi kepada pengadil daerah Setiu dan 25 jersi kepada pasukan bola sepak Kampung Bari. 

Beliau memberitahu, sebelum itu, awal Disember 2020 lalu pihaknya dan PPDS telah menyumbang bantuan makanan kepada 20 mangsa banjir di Kampung Nyatuh, Setiu. 

``Insya-Allah program gotong royong kita akan teruskan lagi dan pada bulan Februari 2021, kita bercadang untuk mengadakan majlis seumpama itu di Masjid Kampung Guntung Luar pula,’’ katanya. - KitaReporters


 

GOLONGAN muda yang turut sama menyertai gotong royong tersebut

6
1
0
0
0
You will be interested