Seni & Sukan 14 Feb, 2021

Selamat Tahun Baharu Cina! PKP, SOP tak pudarkan suasana sambutan bersama penduduk setempat!

@haris fadilah ahmad
Pernah bertugas sebagai 'stringer' Utusan Malaysia dan Utusan Melayu (Jawi) mulai 1987 hingga Oktober 2019.

Share this

Kredit foto: Majlis Keselamatan Negara


PENGUATKUASAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak memudarkan suasana sambutan Tahun Baharu Cina di negara ini pada 12 Februari 2021.

Ini kerana masyarakat Tionghua di negara ini sudah memahami serta mematuhi peraturan dalam PKP dan norma baharu dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang masih belum berpenghujung.

Sambutan tersebut, lazimnya tetap meriah dalam kalangan keluarga terdekat 'sebuah rumah' berikutan arahan berkumpul untuk adat 'makan besar' cuma dihadkan maksimum 15 orang sahaja oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Tahun Baharu Cina:

https://kitareporters.com/search?search=Tahun+Baharu+Cina


Kredit foto: BERNAMA.com


Apapun sambutan berasaskan zodiak Cina, iaitu Tahun Lembu Emas dianggap sebagai ‘Tahun Pemulihan’, kata pakar Feng Shui, Master Kenny Hoo seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA pada 8 Februari 2021.     

Hoo, dari Good Feng Shui Geomantic Research, berkata ramai orang mungkin mengalami tekanan serta kebimbangan sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun 2020, tetapi tahun 2021 mungkin ‘tahun pemulihan’ bagi pelbagai syarikat serta individu memperbaiki perkhidmatan, produk dan kualiti hidup mereka.

Lapor BERNAMA lagi, ramalan Hoo, pelbagai perniagaan dan kegiatan sosial secara peralahan-lahan akan bangkit semula pada tahun 2021 dengan banyaknya juga peluang baharu muncul.


Walaupun apapun ramalan dalam kehidupan yang dilontarkan oleh pakar Feng Shui dan ahli akademik, sambutan Tahun Baharu Cina dalam tempoh PKP tetap 'bersemangat' dan 'meriah' seperti satwa (haiwan) lembu jantan dalam zodiak perayaan kaum Tionghua tahun ini.

Masyarakat kaum lain termasuk pemimpin politik setempat tetap menyantuni rakan dan jiran Tionghua sekurang-kurangnya titipan ucapan 'Gong Xi Fa Chai' dan menikmati angpau serta limau Mandarin bagi mereka (Tionghua) yang kurang berkemampuan.


ABDUL RAHMAN MOHAMAD 


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lipis yang juga Ketua UMNO Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyemarakkan solidariti dan keceriaan sempena Tahun Baharu Cina apabila menyantuni seramai 36 orang warga emas Tionghua di Kampung Baharu, Padang Tengku, Lipis pada 12 Februari 2021 (Jumaat). 

Abdul Rahman bersama kepimpinan MCA Lipis, Pemuda UMNO Lipis dan Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Baharu turut berziarah ke rumah warga emas untuk menyampaikan angpau masing-masing bernilai RM100 dan limau Mandarin.  


Abdul Rahman Mohamad (dua dari kanan) dan pemimpin setempat menyampaikan angpau RM100 dan limau mandarin kepada seorang warga emas Tionghua di Kampung Baharu, Padang Tengku, Lipis pada 21 Februari 2021. - Kredit foto: Amirmarwan cch


Menurut Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Satu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) penyampaian angpau dan limau Mandarin kepada warga emas Tionghua juga dapat merapatkan hubungan penduduk dengan pemimpin setempat di kawasan Padang Tengku.


'Gong xi Fa Chai, jangan lupa patuhi SOP dan amalan norma baharu ' ... barangkali itulah ungkapan Abdul Rahman Mohamad (kanan) ketika menyampaikan angpau kepada seorang warga emas Tionghua di Padang Tengku, Lipis pada 12 Februari 2021. - Kredit foto: FB Amirmarwan cch 


"Kebiasaannya setiap kali Tahun Baharu Cina, saya serta pimpinan setempat akan menyantuni warga emas (Tionghua) dari rumah ke rumah menyampaikan  angpau supaya mereka ceria dan bergembira di hari perayaan ini.

"Aktiviti ini mematuhi amalan prosedur operasi standard (SOP) serta norma baharu malahan dalam senario ini turut mengembirakan warga emas ini apabila tidak dapat dijengah oleh anak masing-masing akibat penguatkuasaan PKP di seluruh negara," katanya di Padang Tengku, Lipis pada 12 Februari 2021.


MUSTAPA LONG


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long juga melakukan aktiviti yang sama apabila menyantuni seramai 42 orang warga emas kaum Tionghua di Kampung Baharu, Lipis sebelum perayaan tersebut pada 8 Februari 2021.

Mustapa yang juga Naib Ketua UMNO Lipis berkata, warga emas Tionghua itu telah diraikan dengan dengan penyampaian sumbangan angpau (wang tunai) dan barang keperluan dapur.

"Saya telah menyempurnakan sumbangan angpau dan barang keperluan dapur bernilai RM100 masing-masing kepada warga emas tersebut dalam satu majlis di pekan Padang Tengku dan berziarah ke rumah berasaskan pematuhan amalan prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu.


Mustapa Long (kanan) menyampaikan angpau dan barang keperluan dapur kepada seorang warga emas Tionghua di Kampung Baharu, Padang Tengku, Lipis pada 8 Februari 2021. - Kredit foto: FB Mustapa Long


"Saya juga berziarah ke rumah warga emas ini yang tidak mampu bergerak untuk menyampaikan sumbangan dan menitipkan ucapan 'Gong Xi Fa Chai' serta beramah mesra kerana mereka amat mengenali dan rapat dengan keluarga saya," kata Mustapa. 

Mengulas lanjut program tersebut, beliau berkata, sumbangan angpau dan barang makanan ini juga merupakan kerjasama bantuan serta usaha kebajikan daripada Pejabat Perkhidmatan Masyarakat DUN Padang Tengku dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdu Rahman Mohamad untuk memberikan keselesaan warga emas tersebut menyambut Tahun Baharu Cina.

"Saya berharap warga emas Tionghua di sini ceria bersama keluarga di samping ketika gembira menyambut perayaan ini janganlah lupa mematuhi amalan SOP)dan norma baharu kerana negara ini masih dalam penguatkuasaan PKP," ujarnya. - KitaReporters


Rapatkan hubungan kejiranan ... sudah menjadi amalan Mustapa Long (duduk depan, kanan) berkunjung ke rumah warga emas Tionghua kerana semua penduduk Kampung Baharu (Cina) sudah mengenali keluarganya. - Kredit foto: FB Mustapa Long


Amir Marwan Muhamad Kassim (kiri) bersama rakan Tionghua ketika meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Baharu, Padang Tengku, Lipis pada 12 Februari 2021. - Kredit foto: Amirmarwan cch

2
0
0
0
0
You will be interested