Kelahiran Iskandar Rayyan Yamani akan dilakukan secara pembedahan. Jika diikut cara normal, dia akan lahir pada 28 Februari 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Jamal Abdillah
Untuk mendapatkan tarikh cantik, Jamal berbincang dengan doktor dan tidak menolak tarikh 22.2.2022 untuk melakukan pembedahan bagi kelahiran anak kelimanya itu.
Sebelumnya Jamal memilih tarikh 2.2.2022 tetapi doktor menyatakan risiko tinggi jika bayi dikeluar kira-kira sebulan lebih awal.
Jamal sudah memilih nama selepas pengimejan ultrasound mengesahkan bayi itu berkelamin lelaki.
Pada mulanya bayinya itu diberi nama Iskandar Zulkarnain. Tetapi kerana nama itu sudah biasa didengar, atas persetujuan isteri, nama Iskandar Rayyan Yamani diberi.
Ia merupakan anak ketiga hasil perkahwinan Jamal dengan Datin Zai Izzati Khiruddin, 27 yang dikahwini sejak 1 April 2017 dan merupakan perkahwinan paling lama bagi Jamal.
Sebelum ini Jamal dan Zai memperolehi anak pertama, Nur Azura Yamani dilahirkan pada 10 Oktober 2019 dan diikuti El Isaac Yamani pada 11 November 2020.
Sebelum itu, Jamal sudah mempunyai dua anak lelaki melalui dua perkahwinan.
Perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 tidak bertahan lama.
Sementara perkahwinan dengan Fatimazahra Abdul Samad pada Disember 2005 mendapat liputan meluas media apabila Jamal melafazkan cerai dalam kereta dan Fatimazahra membawa kes itu ke mahkamah.
Perkahwinan pertama Jamal ialah dengan Basariah Abdul Latif pada 1988, tetapi mereka tidak dikurniakan anak.
Walaupun sudah berpisah, Jamal masih menjaga kebajikan anak-anaknya Yamani Abdillah, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, yang kebetulan meminati bidang muzik.
Dalam interbiu dengan MBuzz, TV3 pada 4 Februari 2022, Jamal menyatakan dia bercadang merakam lagu dengan dua anaknya Osama dan Ahmad Zaki Yamani.
Walaupun akan berusia 63 tahun pada 7 Mei 2022, Datuk Jamal Ubaidillah Mohd Ali tetap sihat zahir dan batin dan tetap mengharap mempunyai anak lebih ramai memandangkan isterinya masih muda iaitu kurang separuh dari usianya. - KitaReporters