SEJUMLAH orang kaya punyai pelbagai perangai pelik kerana punyai kekayaan yang berlebihan.
Atta Halilintar, salah seorang selebriti terkaya Indonesia yang mengaut keuntungan lumayan melalui hasil channel YouTubenya, AH, membelikan dua kereta mewah untuk bayinya yang masih dalam kandungan isteri, Aurel Hermansyah.
Janin si bayi yang dijangka perempuan akan lahir bila-bila masa. Namun dua kereta mewah itu dipercayai bernilai lebih sejuta ringgit dibeli ketika kandungan hanya berusia lapan bulan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hamil
Salah sebuah kereta jenis Tesla berwarna merah jambu (pink) sesuai dengan bakal bayinya berkelamin perempuan. Namun kereta itu akan dipandu oleh ibunya Aurel Hermansyah.
Selain itu Atta turut membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz Sprinter.
Kereta mewah ini diubah suai bahagian dalamnya bagi kemudahan Aurel yang sedang sarat mengandung dan berjalan-jalan bersama setelah si bayi dilahirkan.
Ketika kandungan Aurel sudah sarat, Atta tetap membawa Aurel bercuti bersama anggota keluarganya ke Turki. Dan ketika pulang ke Indonesia, anggota rombongan terpaksa menjalani kuarantin selama 10 hari.
Ketika kuarantin itu, Atta meminta kakitangan hotel menyediakan setiap makanan yang diminta Aurel yang sedang kemaruk makan.
Atta turut mengadakan derma amal secara berkala. Sekali dengan pembelian kereta mewah, Atta turut memberi hadiah hari jadi kepada kakitangannya dan orang ramai yang bertuah. - KitaReporters