Seni & Sukan 08 Jan, 2022

Video| Ernie Zakri mungkin tak muncul final AJL36? Bersalin Feb 2022! Penyanyi pengganti dicari?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
 
Ernie sedang menghitung hari untuk bersalin. Kredit difoto: IG erniezakri

Penyanyi Ernie Zakri, 29, hampir pasti tidak akan dapat muncul dalam pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 (AJL36)  kerana dia kini sarat hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan anak pada bulan Februari 2022

Pihak TV3 belum mengumumkan tarikh pertandingan akhir, namun kebiasaannya ia berlangsung pada minggu pertama atau kedua bulan Februari.

Bulan Februari dan Mac 2021 ini adalah tempoh berehat bagi Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri dari bidang seni apabila dia akan melahirkan anak dan menjalani tempoh berpantang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelahiran



Kali terakhir Ernie mengadakan persembahan ialah berduet dengan kumpulan Sa.Ya (Saiful Apek/Yassin Senario)  dalam lagu ‘Hampir Ke Situ’ dalam GV8 minggu ke-6 pada 26 Disember 2021 lalu.

Pada minggu itu, Sa.Ya turut menghadiah penapis air yang dimenangi mereka kepada Ernie sebagai hadiah awal kelahiran anaknya bersama Syamel.


/

Ernie muncul kali terakhir bersama kumpulan SA.YA dalam GV8 minggu ke-6.


Sementara itu syarikat rakaman dan pencipta lagu iaitu Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh sedang mencari penyanyi penganti bagi lagu ‘Boneka’.

Dalam pada itu, Ernie pula memuatkan video dan gambar dalam Instagramnya yang memperlihatkan pertemuan dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika sedang berjalan bersama Syamel. 

Siti Nurhaliza dilihat mengelus-ngelus perut memboyot Ernie Zakry. - KitaReporters



Ernie dan Syamel secara tidak sengaja bertemu dengan Siti Nurhaliza baru-baru ini.

11
12
0
16
0
You will be interested