Seni & Sukan 03 Sep, 2021

Terpaksa usung, pikul keranda sejauh 25km ke tanah perkuburan! Jalan baharu dalam pembinaan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

PENDUDUK Desa Salua, Sigi di Sulawesi Tengah terpaksa memikul keranda sejauh 25 kilometer untuk mengebumikan jenazah di tanah perkuburan pada 31 Ogos 2021. - Kredit foto: Suaradotcom


TANPA mengira kepenatan atau kepayahan, penduduk desa bermuafakat melintasi Jalan Trans Palu-Kulawi bagi mengusung keranda sejauh 25 kilometer untuk mengebumikan jenazah di tanah perkuburan di Desa Anca, Kecamatan Lindu, Kabupaten Sigi di Sulawesi Tengah pada 31 Ogos 2021 lalu. 

Warga kampung terbabit yang tinggal di Desa Salua, Kecamatan Kulawi juga di Kabupaten Sigi terpaksa berbuat demikian bagi urusan pengebumikan jenazah warga yang baru meninggal dunia di tanah perkuburan di Desa Anca yang merupakan perkampungan asal mereka.


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan pengebumian

JALAN raya utama yang menghubungi tanah perkuburan perkampungan asal penduduk Desa Anca kini dalam pembinaan jalan raya baharu menyebabkan kenderaan empat roda tidak boleh melalui jalan tersebut. - Kredit foto: Suaradotcom


Keranda jenazah terpaksa diusung kerana jalan utama yang menghubungi tanah perkuburan tersebut tidak boleh dilalui sebarang kenderaan yang mempunyai empat roda melainkan motosikal akibat kerja-kerja pembinaan jalan baharu sedang dilaksanakan sejak 28 Ogos 2021 lalu.

Dipetik laporan Suaradotcom pada 1 September 2021 lalu berkata, akibat masalah itu, warga desa selain sanak saudara si mati terpaksa berjalan kaki sambil mengusung keranda ke tanah perkuburan tersebut.

Namun pembinaan jalan raya baharu yang dilakukan oleh pemerintah di kawasan tersebut tidak menghalang warga desa terbabit untuk mengebumikan jenazah di tanah perkuburan asal.

Sebaliknya, mereka tanpa jemu dan tanpa mengira keringat mereka telah bermuafakat secara bergilir-gilir mengusung ataupun memikul keranda tersebut sejauh 25 kilometer itu. - KitaReporters


PENDUDUK terpaksa merempuh jalan hutan untuk ke tanah perkuburan. - Kredit foto: Suaradotcom

10
16
2
18
0
You will be interested