Seni & Sukan 07 Jul, 2020

Pernikahan Cita Citata terkandas! Aduh.. sakit tuh di mana??

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
MASYARAKAT di Indonesia dan Malaysia terutama peminat muzik dangdut menanti salah seorang  penyanyi dangdut (pedangdut), Cita Citata, 25, dan kekasihnya, Roy Geurts mengumumkan perkahwinan tahun ini. Namun disangka panas hingga ke petang... impian Cita Citata berkecai apabila baru-baru ini kedua-dua sepakat tidak meneruskan hubungan mereka. : KitaReporters 

Hubungan cinta Cita Citata dan Roy Geurts ptus baru-baru ini. - Kredit foto; @IG cita_citata


Hubungan cinta mereka bermula sejak awal tahun ini dengan Roy Geurts memeluk agama Islam dan Cita Citata sudah dibawa menemui ibu bapanya di Belanda.

Penyanyi yang popular dengan lagu  ‘Sakit Tuh Di Sini’ dan ‘Goyang Dumang’ ini merancang untuk bernikah pada bulan April lalu, namun tertunda akibat wabak Covid-19.

Penundaan itu membuat Cita Citata membuat persiapan rapi bagi membolehkan majlis berlangsung meriah. Malah kedua-duanya sudah melakukan sesi fotografi praperkahwinan baru-baru ini.

Cita Citata antara pedangdut yang menerima bayaran tertinggi di Indonesia  

Namun impian Cita Citata berkecai apabila baru-baru ini kedua-dua sepakat tidak meneruskan hubungan mereka.

Namun Cita Citata atau nama sebenarnya Cita Rahayu Herdi Suwito enggan menjelaskan punca putusnya hubungan. 

Kisah hubungan Cita Citata dan teman lelakinya terkandas didedahkan dalam wawancara secara live pada program ‘Rumpi No Secret’ di stesen Trans TV pada Jumaat, 3 Julai 2020.

Menurut  Cita Citata dia bersyukur hubungan mereka putus sebelum terjalin dengan penikahan kerana kedua-duanya mempunyai beberapa perbezaan prinsip.

Cita Citata (kanan) mengumumkan perpisahan dengan teman lelakinya dalam rangan 'Rumpi No Secret di Trans TV.


Cita Citata sebelum ini pernah mengalami kegagalan dalam hubungan. 

Dia pernah berkahwin dengan Galih Purnama pada 2012 tetapi hubungan mereka berkocak apabila Cita menjalin hubungan dengan Sarivanan dan akhirnya Cita dan Galih bercerai pada tahun 2015.

Kini dalam hatinya berbunga untuk mendapat cinta baharu, impiannya punah.
Lirik lagu ‘Sakit Tuh Di Sini’ yang dirakam pada 2014 benar-benar mengisahkan penderitaan kehidupannya kini.
Cita Citata merupakan antara penyanyi dandut (pedangdut) yang menerima bayaran tertinggi setiap kali mengadakan persembahan dan dunia dangdut membawa kemewahan kepada penyanyi ini, yang sebelum itu bergiat dalam muzik R&B.

Cita Citata dalam pelbagai aksi

0
0
0
0
0
You will be interested