Seni & Sukan 29 Nov, 2025

Video| Stacy is back! Dulu Alamak Terlebih Sudah! Kini sindir melalui Mega Ching! Move on sudah!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Stacy, ‘Ratu Tari’ negara yang dikenali dengan tenaga pentasnya yang tiada tandingan, kembali mencuri tumpuan dengan pelancaran single terbaharunya, “Mega Ching!”



Lagu yang kini boleh distrim di semua platform muzik ini bukan sekadar mengubat rindu peminat tegar dengan rentak elektronic dance music (muzik tarian elektronik atau EDM) yang ikonik, malah Stacy menggunakan karyanya untuk menyampaikan sindir manja dan mesej persaingan sihat melalui frasa kuncinya, ching.

“Mega Ching!”, yang dicipta sepenuhnya oleh Stacy sendiri di bawah nama pena Bunga Cantik,  terbitan Nova Music Malaysia hadir sebagai simbol ekspresi diri dan keyakinan diri yang sinonim dengan penyanyi kelahiran Sabah itu. 

Dijamin menggegarkan lantai tarian, "Mega Ching!" dilihat membawa evolusi baharu apabila Stacy berani bereksperimen dengan susunan muzik EDM style K-Pop yang sedang popular, digabungkan dengan melodi dan lirik yang mengekalkan karakternya yang asal. 

Mengulas mengenai inspirasi utama lagu ini, Stacy berkata "Mega Ching!" datang daripada personaliti dan gaya dirinya sendiri.



"Inspirasi utama lagu ini hadir ketika berada di atas pentas. Ia cara saya melunturkan rasa gementar dan mendisiplinkan diri ketika menyanyi sambil menari. 

"Peminat lama pasti tahu, maksud 'mega ching’ itu sendiri sama seperti ‘Alamak! terlebih sudah, karakter yang memang pernah saya bawa dulu,” jelas pemilik bernama penuh, Ummu Shaikhah Stacy Anam ini. 

Beliau menyifatkan frasa tersebut sebagai peringatan peribadi untuk sentiasa memilih untuk melabelkan situasi sebagai ‘ching’, iaitu mudah untuk 'move on' atau tidak terperangkap dalam emosi negatif.

"Bagi saya, semua orang ada cerita masing-masing. Jadi, lagu ini jambatan untuk mengekspres perasaan. Apa pun situasi, saya lebih memilih untuk labelkan sebagai ‘ching’ sahaja iaitu mudah untuk 'move on'. 

"Ia peringatan kepada diri sendiri agar emosi tidak terperangkap lama, lebih-lebih lagi pekerjaan ini perlukan mental yang sangat kuat,” ulasnya.

Paling mencuri tumpuan, ini merupakan kali pertama Stacy menyuntik elemen rap dalam lagunya, dan rap tersebut menampilkan dialek Sabah.



Sebagai penyanyi yang terkenal dengan energi di pentas, Stacy mengakui "Mega Ching!" membawa kelainan total. 

"Lagu ini sangat berbeza daripada karya saya sebelum ini. Saya eksperimenkan 'arrangement' muzik EDM style K-pop yang digilai kini, bersama penggubah yang memang pakar genre tersebut.

"Kemudian saya gabungkan melodi dan lirik yang masih mengekalkan karakter saya. Paling unik, kali pertama saya memasukkan elemen rap yang mana rap itu ada dialek Sabah," katanya.

Menggambarkan identiti muzik lagu ini, Stacy berkongsi rentak 'Mega Ching' yang lebih 'fun', 'energetic' dan 'confident booster’ ini berkisar tentang persaingan sihat melalui interpretasi ‘ching’ itu sendiri.

Mesej utamanya ialah Bring it on!, menyeru agar pendengar terus berusaha tanpa putus asa, yakin dengan kelebihan diri, namun tetap berpada-pada, walau hendak ‘mega ching’ sekalipun.

Liriknya berkisar tentang persaingan sihat melalui interpretasi ‘ching’ itu sendiri, dengan sedikit elemen sindir manja.

Walaupun melalui proses rakaman yang teliti selama hampir lima bulan, maklum balas awal yang diterima oleh Stacy cukup menggembirakan, dengan rakan-rakan industri memberikan reaksi spontan, “Stacy is back!”.



"Alhamdulillah, semua beri reaksi positif dan mereka kata ‘Stacy is back’! Mungkin sebab sudah lama mereka tidak dengar genre yang biasa saya bawa dulu. Semoga ia mengubat rindu peminat setia saya.

"Saya berharap "Mega Ching!" dapat memberi rasa 'feel good' dan aura positif dalam situasi yang berbeza. Saya mahu peminat lebih berani keluar dari zon selesa dan menghargai keaslian diri," ujarnya.

Menurut Stacy singlenya itu sepatutnya dibawakan di konsert ‘Aku Stacy’ di Kota Kinabalu pada Jun 2025 lalu, tetapi beliau  memilih untuk tidak tergesa-gesa. 

“Hampir dua hingga tiga kali juga kami tukar melodi sepanjang lima bulan proses rakaman," akhirinya di mana single ini kini disahkan sebagai sebahagian daripada projek muzik yang lebih besar, iaitu album baharu Stacy yang sedang dalam proses pembikinan. 

Mengenai penerbitan video muziknya Stacy sekadar menjawab 'Surprise!'. Jadi kita tunggu sahajalah ya!- KitaReporters

15
20
0
7
0
You will be interested