Video| Tahu kan? Lagu raya yang bukan lagu raya? Senanglah itu! Lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman!
@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain
Share this
.
Lagu ‘Balik Kampung’ dendangan Datuk Sudirman Arshad menjadi lagu wajib diputarkan menjelang dan pada minggu hari raya.
Selain kerap diputar pelbagai stesen radio, lagu itu juga kerap diputar dalam kenderaan melalui kaset/CD/pendrive ketika balik kampung untuk berhari raya.
Tetapi hairannya tiada satu pun perkataan ‘raya’ dalam lirik lagu itu.
Tahukah anda, sebenarnya lagu ‘Balik Kampung’ bukan untuk lagu raya. Mengikut sumber, lagu ‘Balik Kampung’ dicipta hanya untuk mengalakkan perantau di kota dan bandar untuk pulang kampung tercinta. Lagu ini juga bertujuan mengalakkan perantau pulang kampung untuk mengundi.
Lagu ‘Balik Kampung’ dihasil pada tahun 1984 untuk album kelapan Sudirman berjudul ‘Lagu Dari Sebuah Bilik’ terbitan Allahyarham S Atan (HashIm Said). Ia termuat dalam trek ke-8 berdurasi 3:32 minit.
Dalam satu temu bual dengan sebuah media. S Atan menyatakan dia menghasilkan susunan muziknya. Sementara melodinya gabungan hasil dia dan Sudirman. Sementara liriknya dicipta oleh Sudirman sepenuhnya.
ALLAHYARHAM S ATAN
Tambah S Atan, lagu ‘Balik Kampung’ kemudian dimasukkan dalam sebuah album kompilasi hari raya terbitan syarikat rakaman EMI Records.
Setelah dimasuk dalam album koleksi hari raya. ‘Balik Kampung’ tiba-tiba menjadikan popular. Ia lagu siulan orang ramai pulang kampung untuk berhari raya kerana melodi, lirik serta muziknya yang ‘catchy’.
Pada awal 2000-an lagu ‘Balik Kampung’ telah dirakam semula kumpulan kumpulan New Boyz yang turut dianggotai Tomok.
KUMPULAN NEWBOYZ
Namun ia tetap tidak dapat mengatasi populariti lagu itu yang dinyanyi oleh Sudirman.
Lagu dendangan Sudirman ini sudah berusia lebih 40 tahun namun tetap segar didengar terutama ketika hendak hari raya. Malah istilah "Balik Kampung" itu kini sudah sinonim dengan penggerakan beramai-ramai penduduk bandar untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.
Maka, anda bila nak Balik Kampung? - KitaReporters