Seni & Sukan 28 May, 2025

Nantikan Kejohanan Ragbi Mannol SK 10's B-15! SMSSMJ jemput Duke Krishnan untuk bersiap siaga!

@abd razak osman
Bekas stringer Kosmo! dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Menulis selagi masih hidup. Emel: razakosman1950@gmail.com

Share this


Pasukan tuan rumah, Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ) di Sungai Petani, Kedah kini menjalani latihan serius bagi menyertai Kejohanan Ragbi Mannol Sains Kedah (SK) 10's Malaysia Bawah 15 Tahun (B-15) Peringkat Kebangsaan 2025 selama tiga hari yang bakal berlangsung di padang sekolah itu, mulai 30 Mei 2025 ini.
Sehubungan itu, pihak penganjur kejohanan mengundang Ikon Ragbi No. 1 Negara, Duke Krishnan atau nama sebenarnya, Dinesvaran a/l Krishnan dari Bandar Perdana dekat Taman Keladi, Sungai Petani bagi memberi taklimat dan khidmat nasihat kepada pemain tentang strategi dan aksi yang perlu dilakukan sebelum menyertai kejohanan nanti.
Taklimat selama satu jam lebih itu berlangsung di Astaka SMSSMJ, Sungai Petani pada 25 Mei 2025.

Shabudin Ismail (dua kiri) menyampaikan ucapan pada majlis taklimat dan khidmat nasihat kepada pemain ragbi oleh Duke Krishnan (dua dari kanan).


Pengarah kejohanan itu, Mohamad Zelman Mohamoud berkata, nasihat yang disampaikan kepada semua pemain itu, kira-kira lebih 50 orang pemain boleh dijadikan panduan.
"Bukan senang bagi pemain baharu untuk mendengar ceramah daripada Ikon Ragbi No.1 Negara," katanya.
Duke Krishnan adalah pemain ragbi negara yang pernah bermain di kelab-kelab ternama di luar negara. Sepulangannya ke tanah air, dia bersama pasukan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah menjadi Johan Piala Agong kemudian muncul sebagai pemain terbaik Perlawanan Akhir 2023.

Seorang pelajar dan pemain ragbi, Ahmad Thaqif Ahmad Rasydi menanya soalan kepada Duke Krishnan.


Kejohanan Kejohanan Ragbi Mannol SK 10's Malaysia B-15 Peringkat Kebangsaan 2025 itu dianjurkan bersama oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSSMJ dan Sains Kedah Eagles Rugby.
Kejohanan kali ini dibuat lebih besar dengan penyertaan 32 pasukan dari serata Malaysia bertanding  dalam usaha giat mempromosikan dan menggalakkan sukan ragbi pada peringkat akar umbi.
Mohamad Zelman berkata, kejohanan edisi ke-2 (SK 10's 2025) pada 30 Mei hingga 1 Jun 2025 kali ini, sudah tentu disertai pemain pelajar lelaki dan perempuan yang hebat dari 32 buah sekolah.


Pemain ragbi SMSSMJ lelaki (bawah) dan perempuan (atas) mendengar ceramah.


Pengetua SMSSMJ, Shabudin Ismail berkata, langkah diambil oleh penganjur bagi mengadakan kejohanan ragbi di padang SMSSMJ dan padang Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani, begitu baik sekali dalam usaha menghidupkan sukan itu dikalangan pemain muda generasi sekarang.

"Apa yang diharapkan nanti, pemain dari SMSSMJ dapat membuat persembahan terbaik bila berada dalam padang," katanya.
Pada kejohanan ragbi pertama yang berlangsung pada bulan Disember 2023 lalu, Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 3 Bangi, Selangor muncul sebagai juara, manakala SMK Hosba, Kedah (tempat kedua) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak (tempat ketiga). - KitaReporters

Pemain ragbi sekolah bergambar kenangan bersama Duke Krishnan (berdiri, belakang sekali) 

10
17
0
9
0
You will be interested