Seni & Sukan 09 Dec, 2024

Didie Alias memang diva! Terus unggul pada usia 50-an! Kolaborasi hasilkan wangian Diva Collection!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Benar kata orang, ‘rezeki tak salah alamat’, walaupun sudah berusia pada awal 50-an, namun artis versatil, Didie Alias membuktikan beliau masih mampu berdiri sama tinggi dengan wajah-wajah baharu dalam industri yang timbul bagaikan ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.

Mana tidaknya, Didie Alias satu-satunya artis tempatan yang dipelawa SB Parfum sebagai ‘rakan kongsi’ sekali gus memilih untuk mengeluarkan wangian jenamanya sendiri, ‘Diva Collection’.

Diva Collection menampilkan wangian mewah yang diinspirasikan daripada personaliti Didie Alias, seorang figura yang penuh keyakinan dan mempunyai gaya tersendiri bahkan Didie sendiri yang memilih bahan-bahan kandungannya.

Ditampilkan  dalam tiga varian iaitu Diva Scandalicious, Diva Glam dan Diva Didie - setiap satunya memiliki aroma mewah sesuai untuk wanita moden yang berani dan sofistikated seperti Didie.

“Saya tidak pernah mengimpikan akan mengeluarkan produk sendiri pada usia sekarang ini yang selalunya dimonopoli oleh wajah-wajah muda dan cantik. 

"Terkejut juga bila dipelawa oleh SB Parfum,” ujar Didie ketika ditemui pada majlis pelancaran  SB Parfum x Didie Alias, ‘Diva Collection’ di Bamboo Hills, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Turut hadir Pengurus Kanan Projek SB Parfum, Ahmad Amirul’ammar Rosli.




“Kolaborasi ini adalah peluang saya untuk berkongsi inspirasi dengan peminat dan wanita di luar sana. Diva Collection bukan sekadar wangian, ia adalah simbol keyakinan, kekuatan dan gaya hidup seorang diva. 

"Saya amat teruja dengan penerimaan produk ini,” tambah Didie sambil bersyukur dalam masa dua jam beliau memperkenalnya,  ia ‘sold out’ sebanyak 30,000 botol sekali gus.

Dalam rasa teruja dan gembira, pemilik bernama sebenar, Fadzilah Mohd @ Ali ini sesungguhnya  tidak menjangka keberadaannya dalam industri sejak 1991 masih relevan dan diterima ramai. 

Mengenali Didie sejak sekian lama, tidak dinafikan beliau sentiasa merendah diri dan menghormati orang, malah dengan karakternya yang sentiasa ceria dan unik, memang sesuailah ia mendapat jolokan 'Lady Gaga Malaysia'. 

Dan Didie juga terkenal sebagai antara artis lama yang sentiasa mengikuti trend generasi terkini apabila aktif menampilkan dirinya melalui platform sosial media khususnya TikTok mahu pun IG.



“Itulah antara platform saya mempromosikan produk dan perkembangan diri,” tambah pemenang gelaran Artis Komedi Wanita, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak tiga kali ini.

Dalam usahanya memasarkan Diva Collection, Didie turut mengambil inisiatif untuk membantu usahawan kecil menjana pendapatan dengan menjadi sebahagian daripada komuniti 'reseller' SM Parfum. 

“Dengan harga serendah RM45 sebotol, saya percaya ia mampu dimiliki semua bahkan kami kini dalam rangka promosi menjual tiga botol sekali gus pada harga RM100,” ujar Didie sebagai salah satu tanda penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokongnya. 

Diva Collection jelas Didie, bukan sahaja menyerlahkan produk berkualiti tinggi, tetapi turut menjadi platform bagi reseller berkembang bersama sekali gus menyokong usahawan kecil membina masa depan mereka.


DIdie bersama suami dan ahli keluarga yang sentiasa menjadi pembakar semangatnya untuk terus berjuang.


Sementara itu, menjawab pertanyaan kenapa memilih Didie untuk berkolaborasi, Ahmad Amirul’ammar (gambar bawah, kiri) berpendapat, Didie Alias menepati kriteria seorang yang aktif dan masih diminati ramai.

“Sepanjang bersama kami di beberapa acara sebelum ini, penampilannya yang energetik dan. inovatif diterima semua golongan usia jadi sebagai penghargaan kepadanya kami merasakan beliau ikon yang tepat ‘mewangikan’ peminatnya. 

"Paling utama,  Didie sentiasa komited dengan apa jua yang dilakukannya walaupun sebuk sebagai seorang artis.” ujar Amirul’ammar.

Sehubungan itu, beliau yakin Diva Collection mampu menyasarkan jualan sehingga RM2.5 juta sebulan melalui tanggungjawab yang dipikul bersama Didie Alias.

“Dengan pembabitan terbaharu saya ini dalam dunia perniagaan dapatlah saya terus membantu keluarga dengan pendapatan tetap, syukur alhamdullilah,” sambung Didie mengakhiri pertemuan. - KitaReporters


9
10
0
17
0
You will be interested