Seni & Sukan 24 Jul, 2024

Lari sambil beramal! Bantu 1k anak yatim piatu COVID-19! Larian Keluarga Malaysia 2024 kumpul dana!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) buat julung kalinya pada tahun ini akan menganjurkan Larian Keluarga Malaysia 2024 (LKM 2024) bertempat di Persiaran Flora, Cyberjaya pada 29 September 2024.

Larian ini diadakan bagi mengumpul dana untuk memastikan anak-anak yatim/yatim piatu yang kehilangan ibu, bapa atau ibu bapa atau penjaga akibat pandemik COVID-19 akan terus mendapat pembelaan. 

YKM memerlukan kira-kira RM5 juta setahun untuk meneruskan bantuan kepada hampir 1,000 anak-anak yatim dan yatim piatu melalui Bantuan Kasih YKM, Bantuan Persekolahan, Bantuan Menara Gading dan Hadiah Kecemerlangan Akademik termasuk pengurusan. 

Pengerusi YKM, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, LKM 2024 telah mendapat sokongan yang amat baik daripada banyak pihak khususnya mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang kini secara rasmi adalah Duta LKM 2024. 

“Pemilihan Saudara Khairy sebagai Duta LKM 2024 bertepatan dengan penglibatan beliau yang aktif dalam sukan larian dan maraton termasuk pengalaman sebagai Menteri Belia dan Sukan. 

“Beliau juga memahami denyut nadi anak-anak ini kerana terlibat secara langsung dalam kerajaan untuk menyelamatkan nyawa dan memastikan kehidupan rakyat dapat diteruskan ketika Pandemik COVID-19 melanda,” kata Ismail Sabri. 



Dalam masa sama, Podcast Keluar Sekejap (KS) yang diterajui Khairy dan Shahril Hamdan juga akan menjadi Podcast rasmi LKM 2024. 

Untuk makluman, larian ini terbuka kepada semua dan terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut: 



Pihak YKM menyasarkan penyertaan sebanyak 3,000 peserta khususnya golongan belia yang gemar kepada aktiviti larian dan gaya hidup sihat. 

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi YKM, https://yayasankeluargamalaysia.org.my/ atau laman web rasmi LKM 2024, https://lariankeluargamalaysia.com/ untuk pendaftaran dan hebahan terbaharu mengenai larian ini. 

Tarikh akhir pendaftaran LKM 2024 adalah pada 7 September 2024. 

YKM amat mengalu-alukan tajaan dan sokongan dalam pelbagai bentuk daripada semua pihak khususnya syarikat-syarikat korporat. 

Setiap sumbangan yang diberikan kepada YKM dan LKM layak mendapat pengecualian cukai daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

YKM berharap larian ini dapat mencapai sasaran dalam mengumpul dana seterusnya bantuan kepada anak-anak yatim di bawah tanggungan YKM dapat diteruskan. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
7
0
7
0
You will be interested