Seni & Sukan 29 Jan, 2023

Masters Indonesia 2023: Beregu wanita tewas sekali lagi pada separuh akhir! Juga kepada beregu Jepun!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


HASRAT beregu wanita untuk melangkah ke perlawanan akhir Masters Indonesia 2023 tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota secara straight set pada separuh akhir pada 28 Januari 2023.

Pasangan negara, Pearly Tan-M Thinaah cuba bermain seperti permainan mereka namun dalam set pertama, ia serba tidak menjadi membuatkan wakil negara tewas agak mudah 14-21. 

Dalam set kedua, Pearly-Thinaaah cuba bangkit untuk memenangi set kedua sekali gus membawa ke set penentuan namun rezeki tidak memihak kepada Malaysia apabila tewas 19-21 dalam pertarungan yang lebih sengit.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton

Kredit foto:  FB BAM


Skrip sama seperti sebelum ini apabila mereka turut tewas di pusingan tersebut pada Terbuka India 2023 juga pada pasangan Jepun. Nampaknya Jepun menjadi mimpi agak ngeri selepas ini jika berjumpa pada peringkat ini. 

Prestasi yang ditunjukkan oleh mereka ini begitu baik dan membuka peluang kepada pasangan ini memanjat lebih tinggi ranking dunia kerana ketika ini, mereka berada di ranking keenam dunia. 

Jika mereka terus mempamerkan aksi konsisten, pingat di Sukan Olimpik adalah lebih realistik untuk dibawa pulang ke tanah air. - KitaReporters


11
11
0
15
0
You will be interested