Seni & Sukan 29 Nov, 2022

Video| Tahniah! Selamat Pengantin Baharu Safawi Rasid dan Syifa Melvin! Kim Pan-gon turut hadir!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Majlis akad nikah diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya


Pelakon dan pempengaruh (influencer) media sosial Syifa Melvin, 28, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid, 25, dengan sekali lafaz pada jam 8.46 malam pada Isnin, 28 November 2022. 

Dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Hotel PJ Hilton, Petaling Jaya, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Khairil Nizam yang berwakil walikan bapanya, Amirul Melvin Abdullah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis-majlis pernikahan 



Safawi atau nama penuhnya Muhammad Safawi Rasid, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin kepada Syifa, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis pernikahan yang dihadiri lebih 300 tetamu di mana ia terdiri daripada keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Antara artis yang turut hadir adalah kakak kepada Syifa iaitu pelakon Syatilla Melvin bersama suaminya, Shaheizy Sam serta adik beradik kelurga Syifa dan beberapa rakan artis seperti Uyaina Arshad dan suami, Raja Syahiran serta Lia Natalia.


Kim Pan-Gon (kanan) turut menyaksikan majlis akad Safawi-Syifa

Tiada pegawai dan pemain JDT yang hadir kerana kebetulan kelab bola sepak itu pada masa yang bersamaan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Jerman, Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor Bahru.

Namun kehadiran Ketua Jurulatih, pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan pembantunya tiba pada jam 8 malam dan disambut ahli keluarga Syifa. Ia menarik perhatian para tetamu. 

Safawi merupakan salah seorang daripada 13 pemain JDT yang dipilih menjalani latihan Harimau Malaya 2022.



Seorang ahli keluarga pengantin lelaki berkata, majlis akad  tidak mahu dihebohkan atas permintaan kedua-dua pasangan itu. 

Sebelum ini, berita pernikahan pasangan tersebut kecoh dalam media TikTok apabila kad undangan perkahwinan mereka tersebar.

Namun Syifa atau Safawi masing-masing enggan mengesahkan perkara tersebut. 

Safawi bagaimanapun memberitahu dia tidak berniat menyembunyikan perkahwinan tersebut sebaliknya lebih selesa ia tidak dihebohkan kepada orang ramai.




Majlis bertandang bagi pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember 2022 ini.

Pada malam Ahad, 27 November 2022, pasangan ini diraikan dalam majlis berinai.

Walaupun majlis pernikahan itu tidak dihebah, namun ia tetap dapat dihidu sejumlah media. Malahan sesi akad nikah itu turut disiar secara langsung melalui FaceBook themelvins. 

Safawi dan Syifa sudah lama bercinta namun merahsiakannya hingga mengambil keputusan berumah tangga. - KitaReporers


Safawi dan Syifa di malam berinai

15
8
0
14
0
You will be interested