Seni & Sukan 11 Jan, 2023

Artis berkahwin dua! Kenapa kaitkan saya? Abby Abadi jawab dakwaan netizen berkenaan kisah lampaunya!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SEJAK beberapa hari ini begitu kecoh berkenaan isu seorang lelaki berkahwin dua membabitkan kalangan artis. Disebabkan mereka ini adalah artis, maka isu itu menjadi sensasi di mata rakyat. 

Turut menerima tempias adalah Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali dengan nama Abby Abadi yang sedikit marah selepas ada beberapa pihak cuba mengaitkan kisah lama beliau dengan isu yang berlaku terkini. 


Lagi



Sebelum ini Abby ada memberi maklum balas berkenaan isu yang tular dan respons itu mendapat kritikan dari segelintir netizen malah ada yang ingatkan kembali kisah lama beliau. 

Menurut Abby, "kenapa setiap kali ada isu rumah tangga dalam kalangan artis sama ada curang ke mesti dikaitkan nama beliau sedangkan video yang beliau memuat naik itu hanya untuk suka-suka sahaja. 

"Ada netizen yang mengatakan dirinya dahulu pernah menyerang seseorang di tempat pengambaran dan membawa peralatan namun bekas pelakon Gerak Khas ini menafikan semua dakwaan itu sebaliknya memberi penjelasan bahawa beliau hanya mencari bekas suaminya yang sudah lama tidak pulang."



Tambahnya, ketika itu beliau hendak dapatkan penjelasan apa yang terjadi sehingga menangis dan marah itu biasa kerana isu rumah tangga beliau hampir bawa ke bercerai-berai. 

Apa pun yang diperkatakan oleh orang luar, dirinya mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan menyimpan kesemuanya daripada menceritakan perkara sebenar. 

Sedikit menyedihkan apabila beliau mendakwa bahawa kesemua kisah ini termasuk keluarga serta arwah ayah dan emaknya, adik-beradik juga tidak kisah akan hal sebenar.

Oleh demikian, pesanan Abby kepada kesemua netizen jangan sesekali mereka cerita kerana hanya dirinya lebih mengetahui apa yang berlaku. - KitaReporters


11
7
0
8
0
You will be interested