ISTERI mana yang tidak sukakan kejutan daripada suami sempena hari jadinya, ini tandanya dia mengingati hari kelahiran orang tersayang dalam hidupnya.
Almaklumlah seorang lelaki agak sukar untuk mengingati tarikh-tarikh penting sehingga menyebabkan pasangan isteri merajuk dan mahukan perhatian suami pada hari istimewa tersebut.
Tular sebuah video memaparkan ikhtiar seorang suami yang dilihat membuat kejutan kepada isterinya sempena hari jadi dengan cara yang unik dan berbeza dari biasa dilakukan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kehidupan berumah tangga
Dilihat daripada video ini suaminya meletakkan duit secara merata di dalam rumahnya untuk dijadikan sebagai kejutan kepada isterinya.
Beberapa keping wang kertas RM50 diletakkan dalam beberapa peralatan dan perkakas rumah yang sering digunakan seperti microwave, mesin basuh dan juga peti sejuk.
Bukan itu sahaja, dia juga turut menampalkan sampul yang berisi wang pada skrin TV di rumah mereka.
Rata-rata netizen memuji sikap suami ini kerana memberikan kejutan berbentuk wang dan kelihatan sangat kreatif.
Betul cara suami dia beri wang, bolehlah isterinya gunakan untuk shopping!! - KitaReporters