Razarudin Husain menyampaikan anugerah kepada pelatih tamat Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK) siri pertama bagi tahun 2022 di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi, Kedah. - Kredit foto: FB PDRM
Bukan mudah hendak menjadi seorang ‘sniper’ atau penembak tepat apabila musuh sudah berada di depan mata.
Persis seperti dalam siri drama televisyen popular SWAT Amerika Syarikat yang mempamerkan kecekapan anggotanya bermain senjata dengan melepaskan tembakan peluru mengenai sasaran atau target.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Polis Diraja Malaysia
Pegawai kanan dan anggota PDRM yang berjaya menamatkan latihan Kursus Asas Sniper Unit
Tindakhas (UTK) siri pertama bagi tahun 2022. - Kredit foto: FB PDRM
Satu peluru
satu musuh jatuh (gugur) yang sering diingatkan berkali-kali dan sentiasa diterapkan
dalam Pasukan atau unit Cawangan Khas seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Seramai 18 pegawai kanan dan anggota PDRM berjaya menamatkan latihan Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK)
siri pertama bagi tahun 2022.
Memetik
kenyataan PDRM berkata, kesemua
anggota tersebut berjaya membuktikan mereka layak bergelar ‘sniper’ yang terlatih apabila menjalani latihan penuh selama
hampir sebulan yang berakhir 18 Ogos 2022 lalu.
“Kursus edisi kali ini turut disertai dua Pegawai Rendah Polis dari unit E1 Cawangan Khas, Bukit Aman,” kata kenyataan itu.
Tan Sri Razarudin Husain sedang menyematkan lencana 'sniper' kepada anggota PDRM dalam majlis tamat Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK) siri pertama bagi tahun 2022 di Langkawi, Kedah. - Kredit foto: FB PDRM
Terdahulu, Koperal Zainal Azam Zainol Abidin dari UTK
dinobatkan sebagai penerima Anugerah
Pelatih Terbaik Keseluruhan dalam kursus tersebut.
Anugerah
sijil tamat kursus disampaikan oleh
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Lapang Sasar
Antarabangsa Langkawi, Kedah.
Turut hadir
Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, Datuk Samsudin Basir dan
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
(Pasukan Gerak Am) Bukit Aman, Datuk Muhammad Abdul Halim.
Selain itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Polis (SAC), Alzafny Ahmad, Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan Timbalan Ketu Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman. - KitaReporters
Aksi-aksi penembak tepat anggota PDRM sedang menjalani latihan ketika berada di kawasan hutan belantara. - Foto kredit FB PDRM
Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)