Seni & Sukan 24 Sep, 2022

Sukan Sukma 2022: Terengganu muncul raja bola! Menangi pingat emas! Tewaskan Pulau Pinang 2-0!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SKUAD muda Terengganu berjaya memenangi pingat emas dalam acara bola sepak di kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2022 selepas menewaskan Pulau Pinang 2-0 pada pentas akhir yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur. 

Pulau Pinang turun untuk memburu emas selepas lama tidak memenanginya namum terpaksa akur dengan kehebatan pemain muda Terengganu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sukan Malaysa (Sukma)

Kredit foto-foto: Cakap Sukan_official 


Dalam perlawanan ini, Pulau Pinang mempunyai banyak peluang namum gagal untuk menterjemahkan dalam bentuk jaringan. 

Terengganu yang sekali sekala mengatur serangan akhirnya memperoleh jaringan pertama menerusi tandukan ketua pasukan mereka, Muhammad Safwan Mazlan pada minit ke-24. 

Pulau Pinang yang tersentak dengan jaringan awal tersebut, terus melancarkan serangan demi serangan dalam usaha untuk mendapat gol penyamaan. 

Pulau Pinang hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan daripada Zul Hisyam diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu.


Kredit foto-foto: Cakap Sukan_official 


Anak buah Akmal Rizal dan anak buah Badrol Afzan saling berbalas serangan untuk mendapatkan gol namum penjaga masing-masing bertindak cemerlang. 

Terengganu berjaya mengandakan kedudukan selepas pemain pertahanan Pulau Pinang terjaring gol sendiri sekali gus memberi kelebihan buat Terengganu. 

Pujian perlu diberikan kepada penjaga gol Pulau Pinang yang beraksi cemerlang dalam perlawanan ini untuk menafikan pelbagai percubaan daripada pemain Terengganu. - KitaReporters


5
13
0
16
0
You will be interested