Seni & Sukan 28 Oct, 2022

Video! Malang bertimpa-timpa! Man Kidal diisytihar muflis! Konsert rugi besar! Jadi asnaf sementara!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Ibarat jatuh ditimpa tangga, satu persatu dugaan mendatangi hidup gitaris tersohor, Man Kidal, 58, sejak beberapa tahun lalu. 

Pernah didaftarkan sebagai asnaf sementara oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 2021 selepas hilang mata pencarian akibat pandemik Covid-19, pemain gitar utama kumpulan Lefthanded ini diuji lagi apabila diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah pada minggu lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kumpulan Lefthanded



Berkongsi kepayahan hidupnya sekarang, Man Kidal atau nama sebenar, Abdul Rahman Mahmood berkata, dia  diisytiharkan muflis gara-gara kegagalan melunaskan pembiayaan sebuah kereta jenama mewah, kira-kira enam tahun lalu. 

Bagaimapun kereta itu bukan digunanya sendiri. Sebaliknya namanya diguna sebagai penjamin seorang rakan yang menggunakan kereta itu.

Bagaimanapun, Man Kidal enggan memperincikan isu pinjaman kenderaan mewah itu bagi mengelak masalah tidak diingini pada kemudian hari.



Man Kidal diumum bankrap pada minggu lalu dan hutang atas kereta terbabit adalah kira-kira RM340,000. Dia reda menerima musibah itu.

"Saya yang salah, kalau pergi ke mahkamah pun, mahkamah tak 'beli' (penjelasan)," katanya pada sidang media Konsert Kolaboraci - Three To Rock yang menyaksikan dirinya berganding dengan pemuzik dan penyanyi rock hebat dari Indonesia, Malaysia dan Singapura di ibu kota pada Selasa, 26 Oktober 2022.

Konsert Kolaboraci - Three To Rock akan berlangsung di SMESCO Convention Hall, Jakarta, Indonesia pada 25 November 2022 depan.

Menurut pemain gitar terkenal ini setiap bulan dia perlu menjelaskan pembayaran dan perlu menyelesaikan 50 peratus bayaran bagi membersihkan mananya daripada daftar muflis dan bagi membolehkan dia ke luar negara. 




Menurut Man Kidal, dua minggu lalu dia ke Jabatan Insolvensi untuk memohon kelonggaran bagi melepaskan dirinya ke Jakarta membuat persembahan sempena konsert Kolaboraci - Three To Rock pada bulan November 2022.

Biarpun berdepan satu persatu ujian, Man Kidal bersyukur rezekinya murah selepas fasa peralihan endemik dan pembukaan semula industri kreatif.

"Memang satu demi satu ujian dihadapi. Tahun lalu, saya dijangkiti COVID-19 dan kemudian, isteri kena jalani pembedahan.

"Apa-apa pun, saya bersyukur Allah bagi saya 'show'. Rakan seperti anggota Search membantu saya dengan bagi saya 'show'. Dapatlah saya tampung perbelanjaan dan 'cover' balik (komitmen kewangan) sedikit demi sedikit," katanya.



Ditanya apakah dia masih menerima bantuan LZS, Man Kidal merancang melepaskan status sebagai asnaf sementara itu.

"Disebabkan kerugian hampir setengah juta (isu Konsert GILA) itulah LZS terpaksa bantu saya. Tetapi saya fikir, sampai tahun ini (2022) sahaja (pengisytiharan asnaf sementara), tahun depan (2023), tidak lagi.

"Malulah hendak ambil. Yalah, saya sudah boleh bekerja sekarang dan tidak sepatutnya saya ambil (bantuan LZS)," katanya.

Man Kidal berkata, selagi diberi kudrat untuk bekerja dan muzik dianggap dunianya, beliau mahu terus bekerja dan mencari rezeki.

"Ini kerja saya sampai bila-bila. Saya buat semua ini kerana minat. Tetapi, saya tetapkan rezeki di tangan Allah.

"Alhamdulillah, Allah masih beri saya rezeki untuk bernafas," katanya.Bagaimanapun, Man Kidal mengakui keupayaan diri mula terbatas dengan peningkatan usia.

"Saya tidak nafikan disebabkan faktor usia, saya bukannya kuat lagi. Apatah lagi selepas dijangkiti Covid-19, saya cepat letih.

"Dahulu, saya boleh tak tidur selama tiga hari atau seminggu, tapi sekarang kalau tak tidur satu hari, saya sudah pening. Jadi, sekarang saya makan vitamin untuk tambah tenaga," katanya.

Sebelum ini, Man Kidal dilapor menanggung kerugian RM400,000 berikutan penangguhan penganjuran konsert mega, UltimateExperience Projek Gerakkan Ilmu Laksana Agendamu (GILA). - KitaReporters


11
14
0
11
0
You will be interested