Pelawak, pelakon dan pengacara terkenal Nabil Ahmad, 38, yang semakin mendalami agama kini membina surau di rumahnya bagi membolehkan dirinya sekeluarga melakukan solat berjemaah dengan lebih selesa. Begitu juga tetamu yang datang.
Bagi menjadikan salah satu ruang di rumahnya dibuat surau, Nabil menyerahkan tugas bagi menyiapkan surau impiannya kepada satu pasukan.
Setelah siap Nabil menyatakan gembira dan berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh pasukan reka bentuk yang hanya dikenali sebagai Team Alfateh.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan surau dan madrasah
Berkongsikan berita itu dalam Instagramnya, Nabil mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang bertanggungjawab menyiapkan surau tersebut dengan sentuhan kraf tangan panel yang cantik dan kemas.
“Alhamdulillah settle surau!! Jazakallah kepada @team.alfateh yang merialisasikan impiana untuk siapkan surau ni.
“Memang kemas sangat workmanship!! Semoga Allah balas jasa baik tuan-tuan dengan kemudahan dunia dan akhirat. Amin amin ya rob!!” tulisnya.
Perkongsian Nabil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Turut memberi reaksi ialah rakan artis yang juga rakan perniagaan restorannya, Saharul Ridzwan.
Saharul turut menyatakan hasrat membina surau dalam kediaman sendiri suatu hari nanti.
“Doakan saya jugak bang ada surau jugak dalam rumah,” tulis Saharul.
Memang seronok bila ada surau dalam rumah, boleh solat berjemaah dengan keluarga setiap hari. Seronok tengok Nabil akhirnya dapat surau idaman, tambahnya.
Setelah menjadi pelawak, pelakon dan juruacara berjaya, Nabil memperkembang bakatnya dengan menjadi DJ radio.
Nabil kini menjadi DJ bagi program ‘3 Pagi Era’ bersama Azad Jasmin dan Radin Amar dari jam 6-10 pagi di Radio Era mulai 18 Julai 2022.
Setiap Selasa malam, Nabil menjadi hos bersama program bual bicara ‘MeleTOP’ di TV Astro Ria. Dan setiap hujung dan awal tahun, Nabil menjadi hos bersama Jihan Muse bagi program ‘Gegar Vaganza’ di Astro Ria.
Dalam kesibukan hariannya, Nabil juga perlu mengawasi restorannya Human Gang di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.