Seni & Sukan 27 Nov, 2022

Video| Kakak! Itu kotak plastik tisu bukan kasut! Anak mamai tidur! Dikejutkan untuk keluar kereta!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


KEBIASAANYA, anak-anak sering tertidur dalam kenderaan dan apabila dikejutkan mereka masih mengantuk atau mamai sehingga adakalanya melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Perkongsian video dalam Tiktok @coachkome menarik perhatian netizen kerana gara-gara mamai anak perempuannya yang dipanggil kakak menyarung kotak plastik tisu yang disangkanya kasut sebelum keluar dari kereta. 


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kasut-kasut 


Menerusi video berkenaan, walaupun si ayah telah memaklumkan yang disarung itu kotak plastik tisu bukannya kasut namun si anak tetap berusaha menyarungnya. Gara-gara mamai!

“Kisah kelakar yang ringkas.  Kejut anak dalam kereta nak ajak masuk rumah. Suruh pakai kasut, itu yang disarungnya,” tulisnya. 

Meninjau ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mamai kanak-kanak dipanggil ‘kakak’ oleh ayahnya itu. Malah, ada juga berkongsi pengalaman anak masing-masing.

Penangan mamai ada yang sampai tidur dalam longkang, kencing atas tong sampah, makan pasir kucing, sambung lena dalam bilik air dan keluar kereta ikut tingkap kereta.

“Anak saya punya mamai, buka pintu peti ais…kencing,” @zelshop79.

“Adik saya mamai macam ni jugak, tapi bangun pergi tidur dalam longkang. Cari-cari kat rumah takda, dengar-dengar nangis dalam longkang tepi rumah,” @Musfirah.

“Teringkat anak kami, lena dalam kereta. Angkat bawa masuk dalam bilik, dia boleh jalan p masuk tidur balik dalam kereta,” @shima8988.

“Sama lah anak akak yang sulong, lelaki. Mamai dia tak boleh bincang, keluar kete suruh tidur kat bilik, dia boleh tanya kita, tidur itu apa,” @shahfiezashah.


 

 


Untuk info, mamai terjadi disebabkan fenomena inersia tidur (sleep inertia). Ahli santifik mendapati, minda kita memerlukan jarak yang agak lama untuk menghidupkan semula kesedaran secara keseluruhan.

Proses inilah yang menimbulkan rasa mengantuk dan mamai pada sementara waktu.- KitaReporters


Gambar hiasan

12
18
0
15
0
You will be interested