Seni & Sukan 20 Apr, 2025

Video| Kenali Putera Bobo! Si cilik bersuara dayu! Bikin ramai menangis! Gara-gara Korban Perceraian!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

.


Setiap kali suaranya lalu di For You Page (FYP) dalam aplikasi TikTok, penulis akan terhenti seketika. Menghayati dan menikmati suara mendayu-dayu mengalunkan lagu berhantu berjudul Korban Perceraian. Tanpa disedari, air mata mula bergenang. Emosi tidak mampu lagi dikawal. Akhirnya berjujuranlah air mata.

Lagu hasil karya komposer dari Indonesia (Anisa Fadila) ini menjadi tular dalam media sosial terutama TikTok. 

Penyanyi asalnya juga dari sana iaitu Arfa Arnold. Lagu ini diterbitkan pada tahun 2021. Ramai artis jalanan turut bertanggungjawab mempopularkan lagu ini dalam media sosial.


Inilah Putera Bobo yang berjaya mencuri hati para netizen dengan suaranya mendayu-dayu.


Salah seorangnya ialah penyanyi cilik dikenali sebagai Putera Bobo. Pada mulanya penulis sangkakan anak kecil ini penyanyi dari negara jiran, Indonesia. Rupa-rupanya sangkaan penulis meleset kerana dia merupakan warganegara Malaysia dan berasal dari Kelantan.

Putera Bobo mula menjadi terkenal dalam media sosial setelah menyampaikan lagu Korban Perceraian dengan penuh penghayatan. Suaranya yang mendayu-dayu membuatkan ramai menyangka dia benar-benar mangsa perceraian ibu bapa.

Namun, ibu kepada penyanyi cilik ini menjelaskan bahawa tanggapan itu salah kerana dia dan suami tidak pernah bercerai dan rumah tangga mereka aman damai.


Persembahannya yang penuh penghayatan membuatkan ramai salah faham.


“Alhamdulillah, saya mama Putera. Saya diminta hadir pada hari persembahannya. Saya tak berceraipun, keluarga kami masih baik-baik saja. Saya menangis bangga dengan bakat yang anak saya ada. Terima kasih komen,” jelas ibunya.

Rata-rata netizen mengakui mereka sangat tersentuh hati dengan penghayatan dan suara Putera Bobo. Peminatnya bukan sahaja terdiri daripada orang Malaysia, malah juga dari Indonesia.



“Orang Malaysia emang bagus suaranya,” puji salah seorang peminat dari Indonesia.

Pelbagai komen dapat dilihat. Ada yang sedih, lucu dan sebagainya.



“Nak nyanyi, nyanyilah dik. Abang nak minta tolong janganlah nyanyi pakai hati dik. Abang orang manja dik. Apabila adik nyanyi begini, abang berasa nak jerit (menangis) dik,” seloroh salah seorang netizen. 

Ada juga yang berkongsi kesedihan kerana mereka salah seorang daripada mangsa perceraian ibu bapa. Justeru,tidak hairanlah ramai yang terpesona dan begitu menghayati suara emas milik Putera Bobo tatkala mengalunkan lagu tersebut.



“Sedih. Saya menjadi korban perceraian mak ayah dari umur dua tahun. Saya anak sulung. Mak kahwin lagi kali kedua masih dapat nasib yang sama. Sekarang mak kahwin kali ketiga, tapi saya pilih untuk kahwin sebab tak nak jadi korban lagi,” kongsi netizen ini. - KitaReporters


Watch on TikTok

Inilah video yang membuatkan penulis menitiskan air mata.

11
11
0
11
0
You will be interested