Seni & Sukan 08 May, 2025

Jentik-jentik cintai negara! Karom Terbuka Malaysia Piala Mukhriz! Tiara B Finger bolot 3 teratas!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, stringer dan sub-editor tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, DNA Takrawnomi, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. Pegawai Teknikal Antarabangsa Sepak Takraw Sukan Pantai Asia Muscat, Oman 2010, Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022 dan Piala Dunia Sepak Takraw Istaf Bihar, India 2025. E-mel: timmediasepaktakraw@yahoo.com

Share this

PARA pemenang empat tempat teratas menayangkan hadiah kemenangan masing-masing dengan barisan pegawai penganjur Kejohanan Karom Beregu Terbuka Malaysia Piala Datuk Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir 2025 di Dewan Kekwa Seksyen 17, Shah Alam. - Kredit foto: PEJ


PASUKAN Tiara B. Finger membuktikan mereka pada kelas yang tersendiri dengan menguasai tiga daripada empat kedudukan teratas Kejohanan Karom Beregu Terbuka Malaysia Piala Datuk Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir 2025.

Penguasaan mereka diketuai Azril Hisham Abdul Rahman/Norazali Rosli yang menjuarainya setelah mengalahkan pasangan D’Pauh yang dianggotai Dani dan Apit 2-0 dalam perlawanan akhir di Dewan Kekwa Seksyen 17, Shah Alam, Selangor pada 4 Mei 2025.

Selain piala kejuaraan, Azril dan Norazali turut mengaut hadiah wang tunai RM3,000 yang memaksa D’Pauh pulang dengan RM1,500 selaku naib juara kejohanan anjuran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Shah Alam yang membabitkan 600 pemain ini daripada 300 pasukan. 


MUKHRIZ Mahathir menunjukkan bakat bermain karom kepada para peserta selepas majlis perasmian kejohanan. - Kredit foto: PEJ


Dua lagi pasangan Tiara B. Finger - Romeli Abdullah/Muhammad Baharudin Abdul Jalil) dan Mohd. Saifulniza Noor Zaha/Muhammad Faiz Kassim pula muncul pemenang tempat ketiga bersama dengan mereka beroleh RM800.

Antara pasukan yang turut mengambil bahagian pada kejohanan berformat kalah singkir ini ialah PDTMU-MBI, Bossden-D’Puncak, KL 96 CC, Sixtyland, Kolong-PKNS, Bara CC, Red Eagle dan Amattos-KRUCC.

Empat beregu pemenang tempat kelima hingga kelapan juga masing-masing meraih RM300, manakala lapan pasukan di tempat kesembilan hingga ke-16 pula menerima RM200 setiap satu.


ANTARA 600 pemain daripada 300 pasukan atau beregu yang memeriahkan Kejohanan Karom Beregu Terbuka Malaysia Piala Datuk Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir 2025 di Shah Alam. - Kredit foto: PEJ


Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM80.

“Ayuh kita menyemarakkan semangat perpaduan demi Malaysia melalui sukan karom dalam kejohanan ini.

“Malah dalam apa juga bidang diceburi, buatlah kebaikan dan sumbangan walaupun hanya sedikit tanpa mengira di mana kita duduk, anak muda atau orang lama, kepada negara tersayang ini agar terus dihormati di seantero dunia,” kata Mukhriz, Presiden Pejuang ketika menyampaikan ucapan alu-aluan perasmian kejohanan. - KitaReporters



BEREGU Tiara B. Finger (Azril Hisham Abdul Rahman/Norazali Rosli) yang muncul juara (gambar atas) setelah mengalahkan D’Pauh (Dani dan Apit) (gambar bawah) 2-0 dalam perlawanan akhir. - Kredit foto: PEJ  


ROMELI Abdullah/Muhammad Baharudin Abdul Jalil dan Mohd. Saifulniza Noor Zaha/Muhammad Faiz Kassim menayangkan hadiah selaku pemenang tempat ketiga bersama dengan kedua-dua pasukan Tiara B. Finger ini beroleh RM800. - Kredit foto: PEJ


MUKHRIZ Mahathir (lima dari kanan) menunjukkan isyarat bagus dengan para tetamu kenamaan dan ahli jawatankuasa penganjur kejohanan berlatarbelakangkan 600 pemain peserta kejohanan. - Kredit foto: PEJ 

13
19
0
13
0
You will be interested