Seni & Sukan 03 Oct, 2025

Gila Hindustan| Video| Masih membujang! Salman Khan bakal berusia 60! Tetap mahu berkahwin, ada anak!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Salman Khan adalah antara tiga bintang beragama Islam selain Shah Rukh Khan dan Aamir Khan yang menjadi antara pelakon Bollywood paling laris. Namun kejayaan dalam filem nampaknya tidaklah semulus kehidupan sebenarnya.



Dalam usia yang semakin lanjut, Salman atau nama sebenarnya Salman Salim Khan, 59, yang dilahirkan pada 27 Disember 1965, masih bujang.

Pelakon yang dianggap ‘playboy’ ini  pernah menjalin hubungan dengan beberapa wanita antaranya pelakon terkenal Aishwarya Rai.

Perkahwinannya dengan Sangeeta sepatutnya berlangsung pada  27 Mei 1994 . Namun ia batal pada saat-saat akhir.

Percintaan itu berkecai sekelip mata setelah Salman dikatakan curang dengan Somy Ali beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Perkahwinan Salman Khan dan Sugeeta yang sepatutnya berlangsung pada  27 Mei 1994  berkecai.


Jika berkahwin pada tarikh itu, Salman mungkin sudah punya beberapa orang anak yang antaranya sudah berusia 25 tahun.

Trauma yang menghantui dirinya menjadi antara faktor pelakon itu enggan mendirikan rumah tangga sehingga kini.

"Kalau tak jadi, memang tak jadi. Kalau ada individu yang patut dipersalah, sayalah sendiri," katanya.

Bintang filem ini berkongsi perkara itu menerusi program bual bicara terbaharu Prime Video berjudul ‘Two Much’ yang dihoskan Twinkle Khanna dan Kajol.


Pada masa sama, Salman turut terbuka mengenai soal cinta dan impian bergelar bapa. 

"Saya pasti akan ada anak satu hari nanti. Lambat-laun pasti ada," katanya dalam progtam yang turut dijayakan oleh pelakon Aamir Khan. 

Bercerita lanjut mengenai hubungan cinta, Salman menjelaskan sesuatu perhubungan boleh runtuh apabila pasangan tidak berkembang seiring. 

"Apabila seorang pasangan berkembang lebih daripada seorang lagi, di situlah mula timbul jurang dan rasa tidak selamat.

"Jadi kedua-duanya kena berkembang bersama dan saling beri ruang," katanya lagi.



Salman masih laris dalam filem Bollywood walaupun bakal berusia 60 tahun pada 27 Disember 2025 ini.

Adakah impiannya untuk mempunyai pasangan dan anak menjadi kenyataan pada usia lanjut dan mewarisi harta kekayaannya? 

Selain berlakon Salman juga punya beberapa perniagaan termasuk syarikat filem. - KitaReporters


9
12
0
15
0
You will be interested