Seni & Sukan 03 Aug, 2025

Terima Kasih Malaysia! Rifdean Masdor tewaskan Bernueng! Sorakan penyokong jadi pembakar semangat!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

‘Terima kasih Malaysia!” Itulah luahan penuh emosi bintang muda Muay Thai negara, Mohd Rifdean Masdor, selepas menewaskan petarung tuan rumah, Bernueng, menerusi keputusan majoriti dalam aksi kategori atomweight ONE Friday Fights yang berlangsung di Bangkok 1 Ogos 2025. - KitaReporters

Poster rasmi pertembungan kategori atomweight ONE Friday Night 118. 


‘Terima kasih Malaysia!” Itulah luahan penuh emosi bintang muda Muay Thai negara, Mohd Rifdean Masdor, selepas menewaskan petarung tuan rumah, Bernueng, menerusi keputusan majoriti dalam aksi kategori atomweight ONE Friday Fights 118 yang berlangsung di Bangkok 1 Ogos 2025. 

Sorakan padu penyokong yang sanggup terbang dari Malaysia ternyata menjadi suntikan semangat buat petarung berusia 21 tahun itu untuk memberikan aksi terbaik sepanjang tiga pusingan. 

Walaupun tiada KO dicatatkan, keputusan juri sebulat suara berpihak kepada Rifdean, sekali gus menambah rekod kemenangannya kepada 44 sepanjang karier profesional.


Mohd Rifdean Masdor (kiri) diumumkan sebagai pemenang menewaskan petarung tuan rumah, Bernueng, melalui keputusan majoriti dalam aksi kategori atomweight ONE Friday Fights di Bangkok, Thailand pada 1 Ogos 2025. - Gambar kredit: FB One Nation Championships.  


Mohd Rifdean Masdor meraikan kemenangan selepas diumumkan sebagai pemenang. - Gambar kredit: FB One Nation Championships.   


“Alhamdulillah atas kemenangan ini. Terima kasih kepada coach, pasukan, dan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong. Terima kasih juga kepada penyokong yang datang jauh-jauh untuk beri semangat. Kemenangan ini milik kita semua,” katanya selepas pertarungan.

Digelar ‘Magic Boy’, anak kelahiran Sarawak yang kini mewakili Perak ini bernaung di bawah kelab Sor Sommai/Headhunter Academy Ipoh dan dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Bernard Radin.

Aksi padu Mohd Rifdean Masdor ketika melepaskan tendangan tepat ke arah lawannya, Bernueng.  - Gambar kredit: FB One Nation Championships.   


Rifdean bukanlah nama baharu dalam arena antarabangsa apabila pernah muncul juara dunia bawah 23 tahun sebanyak tiga kali berturut-turut bermula 2021 di Thailand, 2022 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan 2023 di Thailand.

Sebelum itu, beliau merangkul gelaran juara dunia remaja 2019 di Turkiye dan pingat emas Sukan SEA Filipina pada tahun sama, selain mendominasi pentas Sukma dengan dua emas pada edisi 2018 dan 2022.

Dengan kemenangan berprestij ini, Rifdean bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berjuang menggapai kejayaan dalam sukan tempur berprestij itu. - KitaReporters


Pertarungan sengit antara Mohd Rifdean Masdor dan petarung tuan rumah, Bernueng.  

11
12
0
11
0
You will be interested