Seni & Sukan 15 Sep, 2025

Video| Tolong kami! Bantu Pertubuhan Amal Nur By Khiriah! Beri bantuan percuma untuk urus jenazah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 49, dan suami Azfaizul Ahtan mengasaskan Pertubuhan Amal Nur By Khiriah sejak 2020 bagi memberi bantuan percuma untuk pengurusan jenazah, termasuk memandi, solat, dan pengebumian.



Pertubuhan ini membantu menguruskan jenazah bagi mereka yang tidak berkemampuan, serta menguruskan jenazah tiada waris yang tidak dituntut. 

Pertubuhan itu mempunyai sejumlah petugas sukarela bagi melakukan kerja amal itu.
Malah Khiriah (panggilan mesranya) turut menyumbangkan sebuah kereta MPV-nya untuk dijadikan van jenazah. Kini terdapat empat van jenazah perubuhan itu.


Kegiatan Pertubuhan Amal Nur By Khiriah selama ini dibiayai Khiriah dan suaminya melalui kegiatan seni dan perniagaan dalam talian. 

Namun dengan kos pengendalian semakin meningkat dan jenazah yang diurus semakin bertambah  dan kewangan semakin menipis, Khiriah terpaksa meminta orang ramai yang sudi menyumbang bagi meneruskan usahanya dalam menguruskan jenazah secara percuma.

Khiriah tanpa segan meminta sumbangan secara terbuka menerusi hantaran dalam Instastory miliknya pada Jumaat, 12 September 2025 lalu.


“Assalamualaikum, sempena hari Jumaat yang mulia saya berterus terang sahaja. Dengan rendah hati ingin memohon sumbangan untuk meneruskan fardu kifayah bagi pengurusan jenazah ini."Dana pertubuhan sekarang sangat-sangat nazak, tambah pula kes kematian meningkat.

“Sumbangan seikhlas hati namun tiada paksaan. Mohon uar-uarkan, semoga Allah membalas segala kebaikan semua,” ujarnya.Khiriah menzahirkan rasa syukur dan sebak apabila menerima sokongan orang ramai yang sudi menyumbang bagi meneruskan usahanya dalam menguruskan jenazah secara percuma. 

Dia turut memberikan nombor akaun Pertubuhan Amal Nur By Khiriah dengan Bank Islam: 1214-0010-0181-56

Menurut Khiriah, dia tidak menyangka ramai tampil menghulurkan bantuan selepas memaklumkan dana pertubuhan amal yang diusahakan semakin berkurangan. 


“Saya tak mampu nak balas segala kebaikan yang repost dan menyumbang. Rasa nak nangis sebab ramainya orang baik-baik bantu saya meneruskan fardu kifayah ini.
"Pertubuhan Amal Nur By Khiriah bukan milik saya tapi milik kita semua. Tanpa sumbangan semua, barangkali saya dah tak mampu meneruskan perjuangan ini. 

“Terima kasih semuanya, saya tak mampu nak balas melainkan hanya Allah membalas segala kebaikan semua. Semua ada saham pahala dalam ni, semoga ia mengalir bagai air zam-zam,” katanya. 

Noorkhiriah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Usaha murni Khiriah ini perlu sokongan orang ramai untuk sama-sama mendapat keberkatan kerja amal ini. - KitaReporters

13
14
0
21
0
You will be interested