Seni & Sukan 17 Feb, 2022

Video| Terima kasih Pak Jokowi! Hadiahkan motosikal baharu! Pemandu ojek kehilangan motosikal!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menghadiahkan sebuah motosikal kepada seorang wanita sebagai ganti selepas kenderaan miliknya dicuri pada hari pertama dia bekerja sebagai pemandu ojek (teksi motosikal).

Wahyu Novi Arini yang berasal dari Gogor, Wiyung Surabaya, Jawa Timur kehilangan motosikalnya pada Khamis, 10 Februari 2022 lalu ketika sedang bekerja.

Ketika itu dia baru membelikan makanan yang dipesan dan ketika tiba di sebuah taman tempat parkir motosikal bersebelahan pusat beli belah Pakuwon Trade Centre Surabaya Barat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Presiden Jokowi

Wahyu terharu menerima motosikal dihadiah Presiden Jokowi. - Kredit foto: Kompas TV



Dia meraung mendapati motosikalnya sudah hilang. Ia merupakan kerja pertamanya sebagai penghantar makanan. 

Dia yang mempunyai dua anak kecil yang berhasrat membantu ekonomi keluarga begitu terkesan dengan kejadian itu di mana motosikal yang hilang belum selesai dibayar ansurannya.

Berita itu menjadi bahan berita secara meluas hingga sampai kepada pengetahuan Presiden Jokowi.

Bersimpati nasib yang menimpa penunggang ojek wanita itu, Presiden Jokowi menghadiah sebuah motosikal baharu dan sejumlah wang tunai untuk melangsaikan bayaran ansuran motosikal yang dicuri.

Motosikal model Honda Beat itu dikirimkan oleh Jokowi melalui Ketua Polis Surabaya, Akhmad Yusep Gunawan.


Jokowi terharu mengetahui berita kehilangan motosikal penunggang ojek

"Alhamdulillah, Masya-Allah, terima kasih Pak Jokowi, terima kasih ketua polis," kata Novi setelah menerima hadiah itu pada Isnin, 14 Februari 2022, sambil menggendong buah hatinya yang paling kecil berusia lima bulan.

Novi dan suaminya akan menggunakan motosikal baharu itu untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga kecil mereka.

Sementara itu, Akhmad Yusep Gunawan berkata kedatangannya adalah atas mandat Jokowi.

"Terima kasih Presiden atas keprihatinan kepada warga Surabaya. Semoga bantuan ini bermanfaat untuk keluarga ini," kata Yusep.

Sementara itu menurut Kompas.tv, pihak polis Surabaya  bekerja keras untuk mencari motosikal yang hilang itu. - KitaReporters

12
10
0
3
0
You will be interested