Seni & Sukan 28 Jan, 2022

Video| Terlupa ambil kad ATM, wanita hilang duit pencennya! Anak rayu tularkan gambar insiden!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


AKIBAT terlupa untuk mengambil kad ATM selepas mengeluarkan sejumlah wang, seorang wanita telah dicuri wangnya yang terdapat di dalam akaun yang dikongsikan oleh anaknya dalam Twitter.

Kejadian ini dikatakan berlaku di stesen Petronas Bandar Baru Uda, Johor Bahru kira-kira jam 4.56 petang pada 24 Januari 2022 lalu. 


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kecurian


Menerusi video CCTV, anaknya menjelaskan bahawa ibunya terlupa untuk mengambil kad dari mesin ATM tersebut setelah mengambil resit.

Apa yang mengejutkan, anak itu mendakwa orang di belakang ibunya mengambil kesempatan dengan meneruskan transaksi dan mengeluarkan amaun maksimum

Ya, Allah ada juga manusia ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain!



Selesai melakukan transaksi (print statement), ibu saya hanya mengambil resit statement tanpa mengeluarkan semula kad ATM Maybank beliau. Lelaki ini adalah orang yang beratur di belakang ibu saya, di  meneruskan transaksi dan mengeluarkan sejumlah wang dari akaun ibu saya."

Oleh itu, keluarga mereka menyeru agar orang ramai yang menetap di Johor Bahru untuk menyalurkan maklumat suspek kepada mereka.

"Duit yang dia ambil tu bukan sikit tapi sangat banyak, mak saya dahlah pesara, duit tu la buat makan harian kami”, kata seorang lagi anak mangsa."

Laporan polis telah dibuat dan terdapat individu yang menghubungi keluarga mangsa, mereka sekeluarga akan berharap mangsa akan memulangkan duit tersebut.

Semoga keluarga ini dipermudahkan segala urusan dan mendapatkan sejumlah wang yang hilang tersebut. - KitaReporters


9
11
0
7
0
You will be interested