Seni & Sukan 21 Jun, 2022

Video| Kehadiran Faizal Tahir tarik perhatian! Sultan Terengganu turut serta! Kejohanan kuda lasak!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Sultan Terengganu turut mencemar duli menyertai acara Kejohanan Kuda Lasak Terengganu. - Kredit gambar UPDI



KEMUNCULAN artis terkenal tanah air, Faizal Tahir pada Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park atau Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, Setiu, Terengganu menarik perhatian orang ramai khususnya penonton sukan berkenaan. 

Kejohanan tersebut mendapat sambutan di luar jangka apabila menerima penyertaan seramai 151 orang termasuk  orang kenamaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti berkuda

Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Lembah Bidong,Setiu,Terengganu



Paling menarik sukan tersebut turut disertai Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkenan mengambil bahagian dalam kategori antarabangsa iaitu CEN 1*100 dan baginda berkenan memakai jersi nombor 9. 

Turut mencuri perhatian terdapat dua orang peserta antarabangsa iaitu dari Thailand dan Singapura yang mengambil bahagian dalam kategori CEN 1*100.

Semua peserta bagi CEN 100KM dan CEN 1*100KM dikehendaki melalui 4 landasan iaitu sejauh 25km, 30km, 25km, 20km.


Yang Dipertuan Muda Terengganu menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta kejohanan


Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail turut mencemar duli dan menyampaikan hadiah buat pemenang-pemenang.

Manakala Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menyempurnakan majlis pelepasan pada jam 5 petang 18 Jun 2022 lalu bertempat di TIEP Lembah Bidong, Setiu. 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan  Negeri Terengganui, Wan Sukairi Wan Abdullah. - KitaReporters



Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta

11
21
1
14
0
You will be interested