Seni & Sukan 16 Dec, 2020

Graduasi cara baru! Diadakan secara pandu lalu tetapi meriah

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

 

TIDAK keterlaluan menyifatkan tahun ini paling luar biasa kerana tiada majlis keramaian diadakan sepanjang tahun ini bermula dengan majlis perkahwinan sehinggalah kematian semuanya hanya diuruskan dengan mudah dan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. : KitaReporter




Lagi kisah-kisah berkaitan tadika:

https://kitareporters.com/search?search=tadika


Semestinya dengan norma baharu itu membuatkan kita sedikit janggal, namun dengan perubahan yang berlaku tidak bermakna kita tidak menikmati kehidupan dengan baik. 

Malah kita sebenarnya berjaya melalui ‘fasa getir’ ini dengan sedikit perubahan bagi memberi kenangan terutama untuk hari-hari istimewa seperti yang dilakukan oleh pihak pengurusan tadika yang meraikan hari graduasi (graduation) Tadika Khalifah Elit, Johor Bahru, baru-baru ini.

Kreatifnya! 



Pihak pengurusan tadika berkenaan tetap mangadakan majlis graduasi dengan konsep sedikit berbeza iaitu dengan cara ‘drive-thru’ (pandu lalu) yang  diadakan dengan penuh warna-warni.

Biarpun majlis yang diadakan itu tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya tetapi pastinya meninggalkan kenangan terutama kepada pelajarnya sendiri serta  seisi keluarga.

Kisah menarik itu dikongsi @Almazingg yang lihat sangat kreatif dan relevan ketika dunia dilanda wabak Covid-19.

Pada majlis berkenaan, pelajar yang bergraduasi ditemani ibu bapa masing-masing, menerima sijil tamat persekolahan tadika mereka melalui kaedah pandu lalu.


Mereka tidak perlu berkumpul atau bersesak-sesak sebaliknya apabila tiba di pekarangan tadika, mereka disambut dengan permaidani merah menuju ke pentas untuk menerima sijil tamat belajar daripada pihak pengurusan.

Malah turut diadakan sesi bergambar yang disediakan pihak pengurusan bersama guru dan ibu bapa sebelum kembali memasuki kereta.



Mengujakan apabila ibu bapa masing-masing menyokong ‘kaedah’ baharu itu dan turut kelihatan mereka juga menghiasi kenderaan untuk meraikan anak-anak mereka yang telah tamat sekolah tadika.

Malah turut kelihatan ibu bapa yang menghias kenderaan mereka dengan meletak mortar board di bumbung kenderaan mereka.

Walaupun kelihatan ringkas pastinya meninggalkan kenangan terindah untuk si kecil. Maklumlah tahun ini agak istimewa berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Semoga Covid-19 cepat berundur di bumi kita dan dapatlah kita kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Tahniah pengurusan Tadika Khalifah Elit, usaha kalian sangat kreatif! - KitaReporters


 

 

1
2
0
0
0
You will be interested