Seni & Sukan 25 May, 2022

Video| Contoh baik Keluarga Malaysia! Mr DIY sambut hari raya bersama penghuni rumah kebajikan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Sukarelawan Mr DIY dengan penghuni Mesra Home, Ampang, Kuala Lumpur.  


HARI Raya Aidilfitri tahun 2022 ini ternyata lebih meriah buat seluruh rakyat Malaysia. Selepas dua tahun beraya di bawah perintah kawalan pergerakan, sudah tentu ramai yang teruja untuk meraikannya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. 

Seperti biasa, peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam meraikan perayaan ini. 

Kumpulan Mr DIY (M) Berhad (Mr DIY) baru-baru ini menggerakkan pasukan tanggungjawab sosial korporat atau CSR-nya, Mr DIY Cares, untuk membawakan kegembiraan ke dua buah rumah kebajikan - Mesra Home Ampang, sebuah pusat jagaan warga emas, serta Pertubuhan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim & Miskin, sebuah rumah anak yatim di Cheras


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rumah kebajikan anak yatim

Mr DIY sambut hari raya bersama kanak-kanak Pertubuhan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim & Miskin, Cheras, Kuala Lumpur 


Pasukan sukarelawan tersebut mengadakan beberapa aktiviti di dua buah rumah terlibat termasuk sesi gotong-royong, permainan, nyanyian dan sesi berbuka puasa. 

Setiap rumah kebajikan menerima bekalan barangan keperluan harian, kelengkapan elektrik serta baucar tunai bernilai RM1,000 daripada Mr DIY dan Mr Dollar bagi membantu mereka mendapatkan barangan keperluan harian. 

Bersesuaian dengan tradisi Hari Raya Aidilfitri, Mr DIY juga memberikan duit raya kepada para penghuni rumah kebajikan terbabit. 

Bagi memastikan keselamatan semua dalam pada negara memasuki fasa endemik, pasukan Mr DIY turut mengadakan demontsrasi cara-cara menggunakan kit ujian COVID-19 dan memberikan barangan keperluan perlindungan diri kepada para penghuni rumah-rumah kebajikan itu. 



Mengulas tentang inisiatif tersebut, dalam satu kenyataan media, Ketua Pemasaran Kumpulan Mr DIY, Alex Goh berkata, “Ia telah menjadi tradisi Mr DIY sejak sekian lama untuk bekerjasama dengan kumpulan komuniti dan organisasi setempat bagi memastikan golongan yang memerlukan turut dapat meraikan perayaan. 

"Inilah sebabnya Mr DIY berusaha gigih pada tahun ini dengan inisiatif ‘Raya Serba Baharu’. Dalam norma baharu ini, kami ingin memastikan semua rakyat Malaysia dapat beraya dengan sempurna, dan tiada sesiapa yang akan ketinggalan

"Kami ingin mencipta kenangan hari raya yang bermakna, dan kami berharap lebih banyak syarikat korporat akan turut menjalankan inisiatif yang sama.” 

Selain daripada dua rumah kebajikan tersebut, Mr DIY juga menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 14 rumah kebajikan lain di seluruh negara, menurut kenyataan media bertarikh 17 Mei 2022 itu lagi. - KitaReporters


14
9
0
10
0
You will be interested