PENYANYI popular Indonesia, Ariel Noah menggemparkan
sebuah hospital di Indonesia apabila kehadirannya disedari petugas-petugas yang berada di
situ. : KitaReporters

Pada mulanya kehadiran vokalis band Noah itu tidak disedari kerana dia berpakaian seperti
petugas barisan hadapan, lengkap dengan topeng muka dan mulut yang menguruskan
pesakit-pesakit Covid-19.
Namun ada seorang jururawat perempuan menyuruhnya
membuka topeng lalu dituruti sehingga mendedahkan identitinya.

Sebaik sahaja mengetahui individu tersebut adalah Nazriel
Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel, suasana mula berubah menjadi kecoh.
Memetik laporan portal Tribunnews.com, kehadiran
Ariel ke situ dikatakan untuk menjadi sukarelawan membantu petugas-petugas
barisan hadapan (frontliners).
Ariel kelihatan mengenakan alat perlindungan diri
lengkap dengan seragam doktor serta topeng muka dan mulut.

Kehadirannya sudah tentu mendapat perhatian para peminat yang terdiri daripada petugas-petugas di situ.
Siapa yang tidak teruja melihat artis kesukaan berada di hadapan mata dan turut sama-sama membantu menguruskan pesakit Covid-19.
Keberanian dan keprihatinan Ariel itu tular dalam media sosial. Namun, lokasi hospital yang dikunjung penyanyi kitu masih tidak diketahui. - KitaReporters