Anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) menjalankan pembersihan keselamatan di ladang kelapa sawit Felda Taib Andak Kulai, Johor pada 5 April 2021. - Kredit foto: Facebook Polis Johor.
UNIT Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai berjaya memusnahkan bom lama di kawasan ladang kelapa sawit, Felda Taib Andak, Kulai, Johor.
IPK menerusi
satu hantaran dalam Facebook Polis Johor memaklumkan bom Unexploded Ordinance
(UXO) jenis Artillery Shell 85mm dan Artillery Shell Impact Fuse UXO itu
ditemui penyelia ladang ketika melakukan rondaan di kawasan berkenaan.
“Penyelia
ladang, Syafiq Mahad kemudian bergegas menghubungi pondok Polis Felda Taib
Andak dan berada dalam keadaan berkarat dan dipenuhi tanah lumpur,” katanya
dalam satu kenyataan di Kulai, Johor pada Isnin 5 April 2021.
Bom
berkenaan bagaimanapun selamat dimusnah kira-kira 3 petang, Ahad 4 April 2021.
Malah ketika
UPB IPK Johor menjalankan pembersihan keselamatan di lokasi sama, satu lagi
objek disyaki UXO ditemukan kira-kira 25 meter dari lokasi penemuan pertama.
"Tindakan
pemusnahan UXO dijalankan secara In Situation (In-situ) dengan menggunakan
teknik 'high order' melalui kaedah elektrik," kata kenyataan tersebut.
Pemusnahan
bom berkenaan dijalankan tanpa membabitkan kemalangan jiwa mahupun kerosakan
harta benda.
"Orang
ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor
segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan
lanjut," katanya. - KitaReporters