Seni & Sukan 27 Jun, 2020

Narnia si kucing dua muka! Bukan talam dua muka! Betoi-betoi

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SELALUNYA jika manusia mempunyai lakaran warna berbeza pada sebelah bahagian muka mereka, ia sering dilihat pada peminat sukan bola sepak apabila mereka mewarnakan muka masing-masing dengan warna-warna kelab atau negara mereka. Tetapi apabila seekor kucing mempunyai dua warna berbeza begini, ia pelik tetapi benar. - KitaReporters

Narnia yang mempunyai dua warna berbeza pada mukanya. - Kredit foto: People.com


Lebih menarik lagi, kucing milik seorang penduduk di Britain yang diberi nama Narnia, berusia 3 tahun ini mempunyai pula dua ekor anak kembar yang mewarisi dua warna sepertinya tetapi pada keseluruhan badan, bukan separuh macam ayah mereka.

Narnia mempunyai sepasang mata rona biru yang jarang dimiliki kucing jenisnya.


Anak kucing kembar yang dinamakan Prada dan Phoenix lahir dengan  dua tona warna ayahnya, hitam dan kelabu, namun kedua-duanya tidak pula memiliki mata warna biru seperti Narnia.

Prada yang serba hitam kecuali tompok putih di bawah dagunya (seperti Narnia) serta Pheonix yang berwarna kelabu penuh mempunyai sepasang mata berwarna cokelat yang memikat.

Memetik laporan portal people.com, Narnia mungkin dilihat seperti kucing jenis ‘chimera’ iaitu sejenis kucing yang mengandungi dua jenis DNA yang disebabkan oleh penyatuan dua embrio menjadi satu.

Ini gambaran kucing jenis chimera. - Kredit gambar: boredpanda.com


Kucing jenis begini yang juga mempunyai dua warna beza pada bebola mata sebenarnya bukanlah jarang didapati kerana kebanyakan kucing kura-kura jantan adalah dari jenis chimera. 

Lapisan oren dan hitam yang berbintik khas adalah tanda bahawa kucing chimera mempunyai kromosom X tambahan.

Pun begitu, ujian genetik yang dilakukan oleh seorang saintis terhadap Narina mendapati, ia bukan kucing jenis chimera kerana Narina hanya mempunyai satu DNA.

"Kerana itu ia masih menjadi misteri kepada para saintis,” lapor pemilik Narnia.

Menurutnya, Narnia mempunyai sepasang mata rona biru yang menawan walau pun kebiasaannya kucing berwarna hitam sepertinya jarang  bermata biru melainkan kucing putih.

Phoenix (kiri) dan Prada (kanan).

Sementara itu, walau pun apa yang menyebabkan bulu muka tampan Narnia masih menjadi misteri dan bagaimana ia boleh tersebar kepada anak kucing kembarnya, Prada dan Phoenix hanya sempat bersama bapa mereka selama beberapa bulan.

Kedua-dua anak kucing ini sudah pun berada di rumah baharu dengan pemilik baharu, tetapi walau pun berjauhan mereka tetap membawa sedikit aura bapa mereka, Narnia, melalui warna yang diwarisi. 

Peminat-peminat kucing pasti geram kan tengok wajah comel Narnia bersama anak-anaknya ini. 

Ini bukan tanda 'setalam dua muka' tau ini benar wajah kucing! - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested