KETIKA pihak Astro Ria mengumumkan Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) bermula, pihak pengurusan saluran itu mengumumkan akan berlaku beberapa kejutan.
Salah satu kejutan ialah tiada penyingkiran dalam episod 5 walaupun juri berpendapat ada peserta yang perlu disingkirkan.
Ketua Juri, Datuk Ramli MS berkata anggota juri tidak mempunyai kuasa untuk mengekalkan mana-mana peserta.
Tambahnya, segala-galanya bergantung kepada pihak pengurusan Astro Ria dan jumlah peserta yang akan dibawa ke peringkat akhir.
Usiak Isil sudah membayangkan akan tersingkir kerana melakukan beberapa kesilapan ketika menyampaikan lagu ‘Pengemis Muda’ termasuk lupa lirik.
Aliff Aziz kembali ‘bangkit’ denan lagu yang dipopular oleh Kazar ‘Memburu Impian’ setelah minggu sebelumnya mengalami penurunan.
Penyanyi dangdut Ani Maiyuni pula memperlihat peningkatan ketara ketika membawa lagu ‘Kuca Kuca’ hingga berjaya menduduki tangga ketiga.
Persembahan Nikki Palikat menonjol dan dipuji juri
/
/
Persembahan Adibah Noor agak mendukacitakan ketika membawa lagu ‘Gajah’ menyebabkan dia terpaksa menduduki tempat keenam.
Suki Low hanya berjaya capai kedudukan di tangga kelima.
Persembahan Adidah Amin agak mendukacitakan.
Penyanyi-penyanyi senior didapati agak sukar menyampaikan lagu-lagu ciptaan baru. Shidee kurang mampu menyampai dengan baik lagu ‘Lelaki Kesepian’ nyanyian Haqiem Rusli. Begitu juga dengan Bandi Amuk yang menyampaikan lagu ‘ Purnama’ nyanyian Naim Daniel. Kedua-duanya menduduki tempat kesembilan dan kesepuluh.
Dalam episod ke-6, para peserta perlu menyanyi secara duet dengan penyanyi-penyanyi popular tertentu.
Dan dalam episod ke-6 nanti pasti ada penyingkiran. Cuma mungkin penyingkiran akan melibatkan dua atau tiga peserta. - KitaReporters
Berikut ialah senarai kedudukan dan markah peserta GV8 episod 5:
01 Nikki Palaikat 78.5
02 Aliff Aziz 77.8
03 Ani Maiyuni 67.8
04 Suki Low 65.8
05 Aweera 64.6
06 Adibah Noor 63.9
07 Azan Scan 62.9
08 Sa.Ya 59.6
09 Shidee 57.8
10 Bandi Amuk 57.6
11 Upiak Usil 57
* Tiada penyingkiran