Seni & Sukan 16 Oct, 2020

Tempat lahir virus COVID-19! Kini dipenuhi 18 juta pelancong

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

SETAHUN yang lalu, inilah tempat pertama di muka bumi ini yang terpaksa "lockdown" dan paling ditakuti masyarakat seluruh dunia. Mana tidaknya, tempat berkenaan adalah tempat kelahiran wabak maut COVID-19 yang kini telah membunuh 1,089,047 setakat pertengahan Oktober 2020. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan China:

https://kitareporters.com/search?search=China


Tempat berkenaan adalah Kampung Yi Yu di Wuhan, China - tempat pertama wabak maut COVID-19 ditemui Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO.

Namun bagai pepatah "yang lepas, biarlah lepas". Kini, Oktober 2020, kampung berkenaan dipenuhi ramai pelancong sempena "Golden Week" yang diraikan di negara Tembok Besar berkenaan.

Menurut seorang penduduk setempat yang hanya mahu dikenali sebagai Yi, ketika keluar rumah, dia terkejut melihat ramai orang sedang berpusu-pusu di jalan. Ramai orang beratur di depan gerai makanan beberapa hari yang lalu dan diyakini kebanyakan mereka adalah pelancong.



Ia bukan sekadar "hear say", malah Biro Pelancongan Wuhan turut mengesahkan bahawa Bandar Wuhan menerima lebih 18 juta pelancong semasa "Golden Week" dari 1 hingga 8 Oktober 2020 lalu.

Profesor dan pakar kesihatan dari Monash University di Melbourne, Australia, Hui Yang, berkata China telah berjaya menangani pergerakan sejumlah besar rakyatnya dengan baik dalam membanteras wabak maut ini.

Tambahnya, pihak berkuasa Wuhan sentiasa memantau secara dekat kontak rapat kes yang disahkan, dan mengkategorikan kawasan terbabit berdasarkan tahap risiko melalui alat pengesanan kontak.


Bukan itu saja, bekas diplomat China, Han Yang, yang kini sudah menetap di Sydney, turut berpandangan yang sama.

Menurut Han Yang, tidak boleh dinafikan bahawa negara China telah berjaya dan mampu mengawal wabak itu berbanding kuasa-kuasa besar dari Barat. 

Pada pandangannya, sebahagian besar kejayaan tersebut adalah kerana sistem politik negara berkenaan. 

Justeru, tidak hairanlah daripada sebuah kawasan yang paling ditakuti di muka bumi ini, Wuhan sekarang telah mampu bertukar 360 darjah menjadi sebuah pusat pelancongan digemari ramai.

Pandangan anda, mampukah negara kita Malaysia mencontohi kejayaan negara China? 

Mungkin boleh, jadikan amalan norma baharu dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai "vaksin" diri pada setiap masa. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested