Seni & Sukan 21 Oct, 2020

Ambulans terjah majlis kahwin! Pakai baju PPE! Gimik rupanya

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

APA perasaan anda sekiranya melihat rumah jiran atau berdekatan sedang mengadakan majlis perlahwinan tiba-tiba didatang ambulans dan pekerja kesihatan lengkap dengan Pakaian Perlindungan Diri (PPE)? Sudah tentu gelabah dan berdebar-debar kerana dalam fikiran tak lain tak bukan pasti kes COVID-19. Apatah lagi anda salah seorang tetamu yang hadir di majlis tersebut. : KItaReporters




Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Begitulah yang terjadi dalam sebuah majlis perkahwinan di Indonesia apabila ‘diterjah’ sebuah ambulans yang membawa pekerja kesihatan lengkap berpakaian PPE.

Video suasana mendebarkan itu menjadi tular dalam media sosial sehingga mendapat reaksi pelbagai lapisan masyarakat di sana.

Dalam video berkenaan, kelihatan sebuah ambulans yang mengetuai konvoi beberapa buah kereta tiba di pekarangan sebuah rumah. Sebaik sahaja tiba, kelihatan beberapa orang turun dari kereta lengkap berpakaian PPE lalu membuka bonet kereta.


Rupa-rupanya barang hantaran perkahwinan yang terdapat dalam van ambulans.


Sebaik sahaja bonet dibuka, mereka mengeluarkan barang yang kelihatan seperti bekas. Akhirnya barulah tahu barang tersebut adalah barang hantaran untuk sebuah majlis perkahwinan dan bukannya peralatan ubat-ubatan.

Rupa-rupanya ambulans yang datang itu bukanlah berkaitan dengan COVID-19 tetapi cuma gimik sebuah majlis perkahwinan. Fuhh, sangat mendebarkan!



Walaupun gimik yang dilakukan oleh pihak pengantin berjaya tular dalam media sosial, namun ramai juga yang mengecam mereka.

Dalam suasana orang ramai cemas dengan COVID-19 terutama di Indonesia yang mencatat kes tinggi setiap hari, gimik tersebut dianggap keterlaluan dan tidak sensitif.


Suasana majlis perkahwinan yang diadakan dengan gimik ketibaan ambulans.


Semoga gimik seperti ini tidak berlaku di Malaysia apatah lagi dalam tempoh PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sesetengah negeri dan tempat. - KitaReporters


1
1
0
1
0
You will be interested