Seni & Sukan 06 Jun, 2020

Caliph Buskers 'Stand By Me'! Bersama 46 artis OKU dunia!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SETIAP kejadian yang menimpa dengan izin Allah ada hikmahnya. Wabak pandemik COVID-19 sesungguhnya membawa satu norma baharu dalam kehidupan masyarakat global dan kerana itu buat julung kalinya juga, ia   berjaya mengumpulkan 46 artis daripada golongan orang kelainan upaya (OKU) dari 15 buah negara menyuarakan mesej melalui lagu ‘Stand By Me’. : KitaReporters

Kumpulan Caliph Buskers. 


Sebuah video muzik telah dilancarkan oleh The Nippon Foundation (Yayasan Nippon atau TNF) di bawah program ‘True Colors Festival’ yang menyaksikan buat pertama kalinya gabungan barisan artis kelainan upaya pada peringkat antarabangsa mempersembahkan lagu “Stand By Me’ yang dipopularkan oleh Ben E. King pada tahun 1961.

Dan antara mereka itu, kumpulan OKU yang tidak asing lagi, Caliph Buskers mewakili Malaysia menyertai program berkenaan bersama 46 artis antarabangsa lain menyampaikan lagu ‘Stand By Me’, di mana video yang berdurasi selama 4 minit berkenaan dirakamkan oleh para artis sendiri di kediaman masing-masing.

Caliph Buskers yang dianggotai lima individu cacat penglihatan iaitu Azmi (vokalis/keyboard); Zaki (gitaris); Nirwan (gitaris); Fendy (pemain dram) dan Nadira (pemain shaker) sebelum ini pernah popular dengan lagu hits mereka seperti ‘Buta’ kolaborasi dengan Faizal Tahir, ‘Hanya Namamu’ dan ‘Roman Cinta’. 

Manakala, barisan artis yang terlibat di dalam video muzik yang dari pelbagai negara ini merangkumi banyak gaya dan genre, dari cappella ke rap, jazz ke muzik klasik, dan balet ke  breakdancing.

Signmark, artis pekak pertama di dunia dari FInland. - Kredit foto: FB @OfficialSignmark.

Antara mereka adalah rapper Signmark (Finland), artis pekak pertama di dunia yang ditandatangani oleh syarikat rakaman besar, Warner Music; Sparsh Shah (Amerika Syarikat), remaja berusia 17 tahun yang berbakat besar dan merupakan seorang penghibur dan penceramah, ahli dari Drake Music Scotland, orkestra remaja kelainan upaya pertama di dunia yang menghasilkan muzik menggunakan instrumen digital; kru penari jalanan terkenal di dunia, Ill -Abilities (diwakili oleh anggota dari Kanada dan Belanda); rapper, komposer dan penerbit muzik Wheel Smith (Singapura) yang pernah membuat persembahan di Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 Singapura; penyanyi Alienette Coldfire  (Filipina), yang mendapat tempat ketiga di France’s Got Talent 2016 dan Yusuke Anazawa  (Jepun), pemain biola jazz virtuoso yang cacat penglihatan.

Wheel Smith, (Danial Bawthan) dari Singapura. - Kredit foto: True Colors Festival.


Merangkumi mesej tentang harapan, positif dan keterangkuman daripada golongan artis OKU itu, TNF berharap ia mampu membina masyarakat global yang lebih inklusif dan prihatin.

Video muziik ‘Stand By Me’ turut  memaparkan Amber Gallowy Gallego dari Amerika Syarikat, yang menafsirkan lagu itu ke dalam bahasa isyarat, yang mana beliau juga adalah pakar dalam menafsirkan sesebuah konsert dan festival muzik ke dalam bahasa isyarat.

Untuk info lanjut boleh layari https://truecolors2020.jp/en/standbyme/

Dan jika anda tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan buat pertama kalinya video muzik daripada artis teristimewa  global ini bolehlah layan  pautan di bawah ini: - KitaReporters


Kredit foto: The Jakarta Post

7
0
0
0
0
You will be interested