Seni & Sukan 09 Oct, 2021

Video| Sepak pengadil hingga pengsan! Ribeiro pernah serang penyokong sendiri! Didakwa cuba membunuh!

@rodly fadly
Memulakan kerjaya kewartawanan bersama Mingguan Perdana dan Harian Nasional pada 1983. Pada 1984-1991 menyertai Kumpulan Karangkraf sebagai Pengarang Arena Bolasepak dan Mingguan Sukan sebelum ke Berita Harian (1991-1997). Pemenang Anugerah Penulis Sukan Terbaik Malaysia 1986. Kini penulis bebas.

Share this

Ribeiro ditahan oleh polis selepas menyepak pengadil, Rodrigo Crivellaro sehingga pengsan semasa perlawanan antara Sao Paulo menentang Guarani de Venancio Aires pada Isnin, 4 Oktober, 2021.


PEMAIN bola sepak kelab Sao Paulo de Rio Grande, William Ribeiro yang mencetuskan kontroversi kerana menyepak pengadil sehingga pengsan memang dikenali sebagai seorang yang panas baran dan pernah beberapa kali berurusan dengan polis akibat tindakan luar batasannya.

Pemain itu dilaporkan sudah mempunyai tiga kes kekerasan termasuk serangan fizikal dan ancaman serta mencetuskan kekecohan yang membabitkan tindakan polis pada tahun 2009, 2015 dan 2021.

Malah, dia didakwa pernah menyerang salah seorang penyokong kelabnya sendiri kerana tidak berpuas hati dengan kritikan penyokong itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemain bola sepak



William Ribeiro, 30, telah mewakili 15 kelab sepanjang kariernya dengan pasukan pertama disertainya adalah Internacional sehinggalah menyarung jersi Sao Paulo. 

Pemain itu kini menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia kerana tindakannya menyepak pengadil, Rodrigo Crivellaro sehingga pengsan semasa perlawanan antara Sao Paulo menentang Guarani de Venancio Aires dalam aksi liga divisyen dua Brazil pada Isnin, 4 Oktober, 2021.


Kredit foto: CNN.com


Ribeiro dilaporkan berang selepas Crivellaro melayangkan kad kuning kepadanya lalu menumbuk pengadil itu sehingga jatuh dan menyepaknya di kepala sebanyak dua kali sebelum dileraikan oleh pemain lain.

Akibat tindakan ganas itu, Crivellaro pengsan dan terpaksa dikejarkan serta merta ke hospital sementara Ribeiro ditahan oleh polis untuk siasatan.

Selepas serangan itu, perlawanan digantung tapi baki 55 minit permainan diteruskan pada Selasa, 5 Oktober, 2021. Guarani yang merupakan tuan rumah aksi berkenaan menang 1-0.

Crivellaro yang dikejarkan hospital dilaporkan sudah pulih dan dibenarkan pulang pada Selasa, 5 Oktober, 2021.


Ribeiro menyerang pengadil, Rodrigo Crivellaro.


Tindakan Ribeiro itu bukan sahaja menerima kecaman hebat daripada peminat bola sepak malah kelabnya mengambil tindakan tegas dengan menamatkan kontraknya serta merta.

Presiden kelab berkenaan, Delvid Goulart Pereira mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu dan menyatakan Ribeiro ditamatkan kontrak.

“Pada hari kami meraikan ulang tahun ke-113 Sao Paulo RS, kelab kami berdepan satu episod menyedihkan dalam sejarah.

“Kejadian itu memeranjatkan bukan sahaja penyokong kelab ini tapi mereka yang menyintai sukan secara am. Kontrak atlet yang agresif itu ditamatkan. Malah, semua sudut undang-undang berkaitan berhubung insiden itu akan diambil,” katanya.

Ketua polis Venancio Aires, Vinicius Lourenco de Assuncao memberitahu, mereka akan mengenakan tuduhan percubaan untuk membunuh ke atas Ribeiro.

Tiada ikat jamin dibenarkan kerana Ribeiro dilihat mempunyai niat untuk mencederakan Crivellaro. Lourenco de Assuncao menambah kini terpulang kepada pihak mahkamah sama ada mahu membebaskan pemain itu atau meneruskan tuduhan yang telah dikenakan. – KitaReporters



Ribeiro (jersi putih) ditamatkan kontrak serta merta oleh Sao Paulo.

11
12
0
14
3
You will be interested