RAMADAN adalah sebaik-baik bulan untuk merebut dan meraih 'bonus khas' yang tidak terdapat dalam bulan lain. Oleh itu, semakin umat Islam menghampiri akhir bulan Ramadan tahun ini, adalah digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang mulia.
Antara amalan yang boleh dilakukan adalah bersedekah, justeru amat wajar untuk umat Islam mengasingkan sedikit bajet untuk bersedekah seperti memberi sumbangan makanan kepada orang yang berpuasa.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan
Kopetro Catering, salah sebuah anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro), telah mengadakan inisiatif program infak pek makanan sepanjang bulan Ramadan ini.
Program infak pek makanan ini menyasarkan kepada orang ramai yang ingin menyumbang dan bersedekah makanan kepada anak-anak yatim, golongan yang memerlukan ataupun kepada kaum keluarga sendiri sebagai tanda ingatan pada bulan Ramadan.
Dengan tempahan minimum sebanyak 20 pek, orang ramai yang berminat untuk membuat infaq boleh memilih antara dua set menu makanan panas yang mengandungi nasi, lauk-pauk dan air serendah RM10.00 satu pek dan penghantaran ke sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dilakukan secara percuma.
Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, berkata program infaq pek makanan ini bukan perkhidmatan baharu yang ditawarkan Kopetro. Pihak Kopetro sebelum ini juga telah melakukan inisiatif yang sama untuk membantu mangsa banjir pada tahun 2021.
Sumbangan orang ramai turut disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang masih lagi bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.
“Namun untuk tahun 2022 ini, Kopetro membuka peluang kepada masyarakat yang ingin memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui program infaq makanan.
"Usaha murni seperti ini hendaklah dijadikan amalan selain memberi peluang kepada masyarakat untuk saling bantu-membantu dengan menggunakan saluran yang telus dan berkesan,” katanya.
Menurut Mohd. Safwan Zulmani, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan & Minuman Kopetro, selain menawarkan pek makanan panas, Kopetro Catering turut menawarkan produk sejuk beku sedia untuk dimakan jenama LengQuas keluaran Kopetro Food.
Mula dipasarkan sejak tahun 2019, sebanyak 5 menu baharu LengQuas telah diperkenalkan pada tahun 2022 ini di samping 21 seleksi menu yang telah sedia ada.
Dikenali sebagai sebuah jenama yang menawarkan juadah tempatan berasaskan resipi turun temurun, LengQuas telah menambah menu baharu iaitu Ayam Cili Padi, Puff Daging, Ikan Merah Kukus, Ayam Pedas Korea dan juga Daging Perap Barbeku, seiring dengan matlamat LengQuas untuk memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi.
Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program infaq pek makanan dan produk-produk LengQuas boleh mendapatkan maklumat lanjut dan promosi-promosi terkini mengenai LengQuas, di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube @lengquas.official atau hubungi Hotline LengQuas pada talian 017-319 5764. - KitaReporters