Seni & Sukan 12 Aug, 2020

Lokasi baharu konsert Khai Bahar! Tarikh akan diumum - Ogy

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

BIARPUN sebelum ini Fauziah Ahmad Daud atau Ogy terpalit dengan isu tidak menjelaskan bayaran penuh kepada pelakon teater Korupsi Dewan Semandung, namun permasalahan tersebut tidak melemahkan semangatnya. Beliau yang juga penerbit untuk Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia berkata, pihaknya akan tetap merealisasikan impian penyanyi tersebut. : KitaReporter

Selaku penerbit, Ogy tetap berusaha untuk menjadikan konsert Khai Bahar sebagai satu kenyataan.


Lagi cerita berkaitan Ogy atau Fauziah Ahmad Daud:

https://kitareporters.com/search?search=fauziah+ahmad+daud


Konsert sulung Khai itu kalau ikut perancangan asal, diadakan di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Mac 2020 lalu, tapi disebabkan pandemic Covid-19 terpaksa ditangguhkan dulu.

Buat masa sekarang kata Ogy, pihaknya sedang berbincang mengenai beberapa perkara termasuk mendapatkan lokasi persembahan yang baharu.

Ogy sedang mencari lokasi baharu yang mampu menampung ramai penonton.


“Saya ambil maklum mengenai pertanyaan daripada beberapa pihak termasuk peminat yang sudah membeli tiket. Jadi, ingin dinyatakan saya selaku penganjur akan tetap meneruskan konsert sulung Khai Bahar ini.

“Seperti mana besarnya harapan peminat untuk menyaksikan konsert ini, begitu juga komitmen saya dan pasukan untuk merealisasikan persembahan ini yang sudah dirancang sejak awal tahun lagi. Cuma, disebabkan insiden yang semua tidak dapat elak iaitu Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini membuatkan segala perancangan tergendala,” katanya bagi meredakan kegusaran peminat yang telah membeli tiket.

Semoga impian Khai Bahar untuk menghibur peminatnya di konsert solo menjadi kenyataan.


Menurut Ogy, konsert yang sudah 80 peratus sedia dipersembahkan itu wajar diteruskan.

“Sebenarnya, sebelum segala aktiviti konsert dan persembahan hiburan dibatalkan, Khai dan pasukan sudah bersedia. Ketika itu hanya menunggu tarikh sebenar konsert saja. Malah, selepas ada kelonggaran diberikan pihak kerajaan, pasukan juga sudah menyatakan kesediaan untuk kembali begitu juga dengan Khai. Jadi, adalah tidak adil jika konsert ini tidak diteruskan.

“Jika semua perbincangan berjalan lancar, saya akan umumkan tarikh baharu persembahan. Insya-Allah kita nak buat sebelum hujung tahun 2020 ini,” katanya.

Rugi jika tidak diteruskan kerana Khai Bahar dan pemuzik telah berlatih hampir 80 peratus untuk konsert.


Mengenai status lokasi di Istana Budaya, Ogy berkata kapasiti yang dibenarkan tidak berbaloi dengan kos dibelanjakan untuk penganjuran konsert itu.

“Pihak Istana Budaya hanya membenarkan 500 penonton termasuk kru. Jadi, dengan segala kos yang perlu ditanggung, bagi saya ia tidak berbaloi. Disebabkan itu, saya dan pasukan perlu mencari solusi terbaik. Memandangkan konsert ini tidak dibuat di IB, jadi nama konsert ini juga akan ditukar. Nama baharu juga akan diumumkan kelak,” katanya. KitaReporters

6
1
0
0
0
You will be interested