Seni & Sukan 14 Aug, 2020

Sukarelawan KOSPEN Terengganu dibenarkan kembali bertugas!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SELEPAS enam bulan sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) di negeri Terengganu tidak dapat berbakti untuk membuat saringan kesihatan kepada komuniti setempat akibat COVID-19 akhirnya mereka dapat kembali meneruskan khidmat sukarela  selepas Jabatan Kesihatan Terengganu memberi kebenaran kepada badan sukarelawan berkenaan. : KitaReporters

Sukarelawan KOSPEN Daerah Besut hadir mendengar taklimat bertugas dalam norma baharu


Lagi cerita-cerita dari Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Sebelum ini sukarelawan KOSPEN banyak membantu Jabatan Kesihatan Negeri mendampingi masyarakat dengan  menganjurkan pelbagai aktiviti berteraskan penjagaan kesihatan tetapi terbantut akibat wabak COVID-19.

Menyedari tugas dan tanggungjawab sukarelawan berkenaan amat penting dalam menjaga kesihatan komuniti terutama kampung-kampung yang ada menubuhkan KOSPEN, jabatan terbabit memutuskan membenarkan aktiviti berkenaan boleh dilakukan semula dengan mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Besut menunjukkan cara memakai pakaian pelindungan peribadi (PPE) ketika sukarelawan KOSPEN bertugas


Bagi menghadapi cabaran pelaksanaan aktiviti dalam tempoh PKPP pihak Jabatan Kesihatan menganjurkan program latihan refresher dalam bentuk norma baharu kepada sukarelawan terbabit. 

Berikutan itu, satu taklimat kepada sukarelawan KOSPEN Norma Baharu Peringkat Daerah Besut telah dilaksanakan bagi memberi maklumat dan penerangan kepada para sukarelawan GSIM agar mereka dapat memahami aspek pengurusan dan langkah-langkah yang perlu diambil semasa melakukan aktiviti saringan di lokaliti masing-masing

Program yang diadakan di Dewan Besar Wisma Persekutuan Besut, Kampung Raja, pada 13 Ogos 2020 telah dihadiri 35 peserta mewakili lokaliti KOSPEN yang dipilih oleh jabatan terbabit. 

Sukarelawan KOSPEN mewakili KRT dan MPKK yang hadir mendengar taklimat


Peserta terbabit termasuk dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, manakala tujuh lagi mewakili Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) membabitkan MPKK Kampung  Lay Out Tok Saboh, RAKR Seberang Jertih, Kampung Gong Kepas, Kampung Jabi, Kampung Sri Nangka, Kampung Bukit Payung Luar, dan Kampung Jawek serta semua pasukan iNCD klinik yang terlibat. 

Pegawai Penyelaras KOSPEN Daerah Besut, Dr Zaleha Zaid berkata, taklimat sehari itu bertujuan memberi latihan dan kefahaman kepada sukarelawan terbabit mengendalikan program mengikut SOP dalam tempoh PKPP.

Penyerahan peralatan KOSPEN kepada sukarelawan


Katanya, jika sebelum ini sukarelawan boleh melakukan aktiviti secara bebas tetapi, dalam keadaan sekarang mereka tidak boleh lagi melakukan kerja-kerja saringan kesihatan seperti biasa kerana terpaksa mengikut kaedah sebenar seperti yang dilakukan oleh petugas klinik atau hospital 

Kakitangan hospital juga terpaksa hadir setiap kali pihak KOSPEN mengadakan aktiviti di kampung masing-masing untuk membuat pemantauan,” katanya. 

Malah, katanya, kehadiran peserta pada setiap kali program hanya dihadkan kepada 20 orang sahaja berbanding sebelum ini ia tidak terikat dengan jumlah yang ramai.

Katanya, semua peralatan saringan kesihatan dibekalkan oleh Pejabat Kesihatan dan pengurusan KOSPEN juga diberikan peruntukkan khas oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengadakan aktiviti sepanjang tahun. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested